Anda adalah penggerak pendidikan yang hebat untuk anak bangsa kita - KPPM

Anda adalah penggerak pendidikan yang hebat untuk anak bangsa kita - KPPM




Terima kasih Dato' sudi berikan kata-kata semangat kepada Youtuber Pendidikan di Malaysia. Sememangnya kami sangat menghargai dan segala penat lelah menerbitkan video pendidikan rasa terubat dan kembali bertenaga untuk teruskan perjuangan!. Terima kasih Dato' Haji Pkharudin Bin Haji Ghazali. 

Tahun 2022 adalah tahun yang paling bersejarah dalam hidup saya apabila pada tahun ini dapat bejumpa secara bersemuka dengan kesemua ketua pentadbiran di peringkat daerah, negeri, negara dan juga Menteri Pendidikan sendiri. Kesemuanya ditemukan dalam satu majlis yang sangat bermakna untuk seorang guru biasa seperti saya. Syukur ya Allah, nikmat yang diberikan sungguh besar kerana selama ini hanya mampu menatap wajah mereka di dalam kaca tv, di dadad akhbar dan kadangkala hanya di dalam bingkai emas tersemat di dinding dalam kawasan sekolah. 



Anugerah Mc Donald's 2022 telah berjaya mengatur perjumpaan secara bersemuka dengan Menteri Kanan Pendidikan Dr. Mohd Radzi Md Jidin di Universiti Malaysia Kelantan, Bachok. Tidak sekadar berjumpa malah dapat berbual sepatah dua kata sepanjang berada di atas pentas. Seronok, teruja, kagum dan segala perasaan positif yang sangat membakar semangat untuk teruskan kecemerlangan!. 



Penghujung Oktober 2022 dipertemukan pula dalam majlis makan malam bersama dengan Dato' Haji Pkharudin Bin Haji Ghazali yang menghimpunkan 181 orang Edufluencer KPM yang terpilih. Terasa bertuah apabila dapat berkampung selama 3 hari 2 malam bersama guru-guru hebat seluruh negara. Terlalu banyak perkara yang diperolehi apabila berkongsi pengalaman dengan segala pemegang pelbagai anugerah hebat, duta itu dan ini, ikon itu dan ini, yang keseluruhannya memang cemerlang! 



Pada majlis yang sama di Universiti Malaysia Kelantan, Bachok Tuan Pengarah Pendidikan Perak turut hadir memeriahkan majlis dan di sini alhamdulillah saya dapat berjumpa secara bersemuka dengan pegawai-pegawai tertinggin pendidikan di peringkat negeri. Walaupun tidak dapat menyertai makan malam bersama pengurusan tertinggi negeri perak kerana telah dijadualkan makan malam bersama pihak pengurusan Mc Donald's pada waktu itu, penghargaan tersebut akan tersemat di dalam ingatan dan menjadi pembakar semangat untuk berkerja keras demi dunia pendidikan di Malaysia. 



Di peringkat daerah bersemuka dengan Tuan PPD En, Mohd Akhir boleh dikatakan agak kerap pada tahun ini kerana Tuan PPD sentiasa menyokong usaha guru-guru dalam daerah Manjung dan sering memberi kata semangat untuk melakukan yang terbaik dalam perkhidmatan. Semoga segala kata-kata Tuan akan disimpan rapi dan dijadikan panduan dalam perjalanan ini. Jadi lengkaplah pertemuan secara bersemuka dengan kesemua pentadbir tertinggi dunia pendidikan di Malaysia untuk tahun 2022. Doakan yang terbaik semoga suatu hari nanti dapat juga berada di atas pentas bersama Perdana Menteri Malaysia untuk sesuatu yang lebih besar! Amin. Teruskan kerja buat kita, segala anugerah yang diterima adalah rahsia yang Allah s.w.t yang maha pemurah lagi maha penyayang. 






Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top