Konvokesyen AYU #02 Bukti Kehebatan Guru Malaysia

Konvokesyen AYU #02 Bukti Kehebatan Guru Malaysia






Tahniah semua rakan-rakan guru di Akademi Youtuber yang telah berjaya melepasi semua cabaran di Akademi Youtuber. Kehebatan anda diraikan dalam satu majlis yang penuh gemilang sebagai tanda penghargaan daripada pihak Akademi Youtuber kepada anda di atas kejayaan yang dikecapi. Seluruh sukarelawan AYU yang terlibat dalam penganjuran majlis ini bertungkus lumus demi mahu melihat sesuatu yang luar biasa daripada guru-guru biasa terus diketengahkan. Muallim Hazar selaku penyelaras program telah melaksanakan tugas dengan begitu cemerlang di bantu oleh semua barisan ketua panitia, mentor, dan urusetia program. 

Majlis gilang gemilang ini dijayakan oleh lebih 50 sukarelawan Akademi Youtuber yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing. Semoga mampu menyuntik semangat seterusnya mengembangkan lebih besar aura positif dalam kumpulan #AdikBeradikAYU. 

Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, hargailah dengan terus berkarya untuk kegunaan semua lapisan masyarakat. Ilmu yang dimiliki bukan untuk disimpan sebaliknya untuk dicambahkan dengan lebih banyak program dan kepelbagaian dalam penyampaian ilmu melalui dunia pendidikan digital yang kita ceburi.

Terima kasih berkorban masa dan tenaga untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan AYU. Bergerak atas semangat cintakan dunia pendidikan dan kerjaya sebagai seorang pendidik. Kita telah buktikan bahawa Youtuber Pendidikan di Malaysia bukanlah sekadar satu misi yang bermusim sebaliknya kami sentiasa berdiri teguh untuk memperkemaskan perisai yang paling ampuh dalam dunia digital bagi mengharungi dunia digital yang semakin mencabar. 

Semoga lebih banyak program dan karya guru-guru hebat akan diketengahkan selepas ini...

"sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa!"

Tabik! 


"Kejayaan anda, kebanggaan kami" 

Yu.Suffi
Youtuber Manager,
Akademi Youtuber 
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top