Hari Keluarga Akademi Youtuber Malaysia #01 - 2022

Hari Keluarga Akademi Youtuber Malaysia #01 - 2022




Tahniah semua #AdikBeradikAYU yang berhimpun di Kuala Lumpur bersama keluarga masing-masing. 

Perjumpaan di "Alam Maya" tidak sama dengan di "Alam Nyata", Alhamdulillah perjumpaan kali pertama berlangsung meriah. Sejujurnya seronok dapat berjumpa "Tulang Belakang" para Youtuber Pendidikan di Malaysia. 






Terima Kasih ya Allah, ukhwah berlandaskan perkongsian ilmu ini manisnya memang sangat luar biasa. Bagaikan adik beradik! itu yang mampu digambarkan kemeriahannya. 



"Suasana Balik kampung, tapi di bandar!"

Suasana di Midaris Syariah Hotel bertukar dari sebuah hotel menjadi sebuah "Rumah Banglo" yang menerima kepulangan ahli keluarga seluruh negara. Tapi kami tidak mengganggu tetamu lain kerana hanya #AdikBeradikAYU melakar sejarah di sini apabila kumpulan pertama membuat majlis dengan jumlah peserta paling ramai hotel ini. 

Sudah lama suasana riuh rendah ini dihentikan oleh Covid-19, syukur kita mengharunginya dengan penuh redha. 




"Terbalik sofa kerusi meja hotel kami kerjakan!"

Gotong royong sediakan tempat memang sudah rasa macam hotel ini kami yang punya! ubah sana sini, mujur Dato' Ahamad Kuris dan En. Nizam beri sokongan penuh untuk kelancaran majlis. Terima kasih banyak pihak pengurusan Midaris Syariah Hotel, KL. 


"Tak pernah jumpa, tapi macam berkhidmat di sebuah sekolah yang sama!" 


Sunyi, alunan muzik sentimenal dan suasana tenang di Midaris Hotel tidak bertahan sehingga malam malah berubah sepenuhnya mulai jam 5 petang, Riuh rendah bertegur sapa memecah segala kesunyian apatah lagi alunan muzik sentimenal terus tengelam sepenuhnya! Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata di mana #AdikBeradikAYU dapat bersua muka, macam tidak percaya bila dikatakan mereka ini tidak kenal antara satu sama lain sebelum PKP yang lalu. Di sebalik ujian, ada nikmatnya. Hebat perancangan Allah s.w.t. 







"Terima kasih semua keluarga yang menyertai"

Bersyukur dapat berjumpa ahli keluarga yang menjadi tulang belakang kejayaan suami dan isteri masing-masing, tanpa mereka siapalah Youtuber Pendidikan untuk berjuang menyiapkan perisai yang paling ampuh dalam mengharungi dunia digital yang kian mencabar. Terima kasih di atas sokongan anda, kesudian anda luangkan masa bersama-sama barisan pengurusan Akademi Youtuber Malaysia. 

"Live Yu.Zuly & Kemunculan Muallim Hazar" 

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Yu.Zuly, dalam bergembira terselit juga perkongsian ilmu secara langsung apabila turut menjalankan operasi penstreaman digital menggunakan teknik-teknik terbaharu. Begitu juga dengan kemunculan Muallim Hazar yang sepatutnya berada di Kedah, sebaliknya kembali ke Kuala Lumpur dengan cara yang luar biasa untuk tidak menghampakan #AdikBeradikAYU yang datang berkumpul di kawasannya. 

"Simbolik lebah beterbangan, cari kebaikkan dan berkumpul untuk nikmat semuanya." 




Ibarat mula membina sarang pada 2 julai 2020, membangun bersama terbitkan konten digital dikumpulkan di satu tempat yang diberi nama Aplikasi Akademi Youtuber (AYU Apps) disusuli 5 Pingat Emas sudah berjaya diraih untuk Inovasi ini di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Lebih 24,000 video pembelajaran berjaya dikumpulkan. Itulah simbolik berkumpulnya ahli-ahli Akademi Youtuber  di satu tempat untuk terus mencari 1001 kemanisan, mengumpul segala kekuatan untuk meneruskan misi pendidikan digital di Malaysia. 


Dalam perjumpaan pada kali ini, Negeri Sabah bertuah apabila terpilih untuk berkumpulnya lebah-lebah pendidikan digital untuk perjumpaan yang seterusnya. Tahniah!  

"Seekor lebah 🐝 tidak menyiapkan sarangnya sendirian, manisan yang dikumpulkan juga tidak hanya dinikmati oleh kumpulannya semata-mata."

Youtuber Pendidikan tidak menerbitkan video pendidikan untuk kegunaan dirinya sahaja di dalam kelas, sebaliknya dapat digunakan oleh guru lain, ibu bapa dan pelajar itu sendiri di saat mereka memerlukan. 





Tahniah Youtuber Pendidikan! anda memang luar biasa. Segala kehebatan milik Allah, kepadaNya kita bersyukur untuk ilham, kekuatan, keupayaan dan segala penghargaan yang kita terima di dunia. 


Tabik! Salam Hormat!

"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"

Yu.Suffi Yusof
Youtuber Manager
Akademi Youtuber Malaysia
9-11 September 2022
Midaris Syariah Hotel, Kuala Lumpur

PENGHARGAAN KHAS : 

HARI KELUARGA AYU #01

TARIKH : 9/9/2022
HARI : JUMAAT
MASA : 8:00 MALAM
LOKASI : MIDARIS SYARIAH HOTEL

AJK TEMPAT/DEWAN- 
@suffi @pakmalaubowling 

AJK JAMUAN -
@Schanims  @chekgulk @hayati_skpb

AJK AKTIVITI - 
@LinnZack @waichoo @Yuhanisah

AJK HADIAH - 
@cikgunora03 @loolaikuen @IzyanDhiya 

AJK LIVE STREAMING - 
@hanyluz

PENDAFTARAN - 
@nurulhaiza85 @NFCA711

PENGACARA - 
@NorJueMa 

PEMBACA DOA- 
@YuSuhaidi 

PERSEMBAHAN - 
@cmkaizen @cikgusyazone

BANNER -
@rosymastura



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top