Selamat ulang tahun kelahiran Akademi Youtuber Malaysia yang ke-2

Selamat ulang tahun kelahiran Akademi Youtuber Malaysia yang ke-2








Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Alhamdulillah selesai sudah sambutan hari guru dan ulangtahun kelahiran Akademi Youtuber Malaysia yang ke-2 pada tahun ini. Majlis berjalan lancar hasil kerjasama 'Youtuber Pendidikan' terdiri dari kalangan guru-guru Malaysia.

Secara keseluruhannya jalinan ukhwah di Akademi Youtuber didapati semakin berkembang jika dulu hanya terdiri di kalangan guru-guru biasa yang berada di sekolah dan kini terdapat juga ahli-ahli AYU yang telah mengorak langkah menyahut cabaran untuk berada di Pejabat Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Tidak kurang juga sokongan daripada beberapa pegawai dari KPM, JPN dan PPD dalam majlis gilang gemilang ini. 

Tidak kurang juga sokongan padu dari pihak swasta yang menjalinkan kerjasama rasmi dengan Akademi Youtuber seperti Universiti Geomatika Malaysia, Casio Malaysia dan Yayasan anak-anak yatim Malaysia. Semoga lebih banyak NGO yang akan menjalinkan kerjasama dengan Akademi Youtuber selepas ini demi memeriahkan dunia pendidikan digital di Malaysia. 

Tahniah semua penerima anugerah khas dari Akademi Youtuber Malaysia di atas khidmat bakti bertungkus lumus memastikan pelantar Youtuber bukan sahaja dipenuhi dengan konten hiburan malah tidak kurang juga konten pendidikan sebagai alternatif kepada pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan. 

Teruskan kecemerlangan masing-masing semoga kita terus istiqomah menerbitkan video pendidikan untuk kegunaan diri sendiri, rakan taulan dan seterusnya kepada sasaran utama iaitu anak didik masing-masing di sekolah. 

Terbaik! Tahniah! 

"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"

Yu.Suffi
28/7/2022
03:00 PM






Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top