[LIVE UPDATE] PBL - KMR TS25 - TANAMAN JAGUNG DALAM POLYBAG

[LIVE UPDATE] PBL - KMR TS25 - TANAMAN JAGUNG DALAM POLYBAG


PBL - KMR TS25 MUSIM KE-2

13 Julai biji benih dibenamkan ke dalam peatmoss untuk penjagaan yang lebih rapi pada musim kali ini. 


Anak pokok jagung berusia 6 hari selepas tanam, naik dengan begitu subur semoga terus konsisten tumbesarannya. 


Menggunakan biji benih berkualiti tinggi sepertimana yang digunakan di ladang-ladang besar. 


2 hari selepas tanam, biji benih berkualiti mula menunjukkan bercambahan. 




Murid meneroka pengalaman baharu dalam menyemai biji benih menggunakaan Tray Semaian untuk penjagaan anak pokok dengan lebih rapi. 



Peralatan yang dibeli untuk proses semaian. Semoga apa yang diusahakan membuahkan hasil yang terbaik seperti musim-musim sebelum ini. 


Bersedia untuk dipindahkan... 

Proses pemindahan anak pokok jagung ke dalam polibag dan pemberian baja organik buat kali pertama. 

04/08/22
Anak pokok kembali menghijau selepas 3 hari dipindahkan (kekuningan) salah satu simptom perubahan tempat dan suhu berbanding sebelum ini di bawah naungan. 

09/08/22
Tumbesaran anak pokok di tahap normal rata-rata memiliki 5-6 helai daun yang sudah melepasi polybag masing-masing. Rumput juga semakin rancak, perlukan kerja-kerja merumput dilakukan dengan segera. 

23/8/2022 - Selesai proses pembajaan kali kedua. Ada serangan ulat pengorek dan kumbang. Semburan racun serangga telah dilakukan sebagai langkah kawalan. 

20/9/2022 - 
Ada gangguan di tapak projek, hampir 50% tanaman rosak akibat aktiviti kerja menukar bumbung sekolah. 




Bersambung.... 





Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top