Kerana anda, saya sentiasa ada.. Akademi Youtuber

Kerana anda, saya sentiasa ada.. Akademi Youtuber


2 Julai tarikh lahir Akademi Youtuber selepas tamatnya penganjuran Modul Penguasaan Google Classroom bersama eDidik Malaysia. 

Pejam celik pejam celik sudah 2 tahun usia 'Sanggar Merah' ini. Atas kehendakNya.. AYU masih kekal televan sehingga hari ini, walaupun kehadirannya melengkapi keperluan di saat negara berhadapan dengan pandemik Covid-19 namun masih berfungsi dan berjalan sehingga hari ini. 

Terima kasih guru Malaysia, memberi ruang dan peluang kepada insan kerdil ini berkarya dan menunaikan janji khusus untuk profesion tercinta. 

Tanpa anda semua, siapa AYU? Siapa Kelab Guru Malaysia? Siapa Cikgu Suffi? semuanya tiada... 

Adat menanam akan tiba masa berbuah, Alhamdulillah tahun ini menjadi musim di setiap daerah dan negeri para Youtuber Pendidikan menuai hasil di lokasi masing-masing apabila menerima pelbagai anugerah menarik yang diberikan oleh McDonald's, MDEC, KPM, JPN dan PPD masing-masing. 

Manusia berusaha selebihnya Allah yang aturkan kerana Allah s.w.t sebaik-baik perancang sesuatu yang baik untuk kita semua. Di saat semua disajikan berita-berita gembira kisah kejayaan, saya tidak lupa juga kepada rakan-rakan guru di dalam AYU yang telah dijemput menghadap Ilahi, kehilangan besar buat dunia pendidikan amat terasa melihat kepada kehebatan, kecekalan dan kesungguhan yang mereka miliki. Al-Fatihah. 

Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa. Berada di dalam lengkung positif AYU yang sentiasa supportive tidak pernah rasa sunyi dan keseorangan. Allah hadirkan kalian, untuk kita sama-sama melakar satu landskap pemandangan yang indah untuk profesion yang sangat mencabar ini. 

Terima kasih semua... di saat anda perlukan, saya sentiasa ada atas kehendakNya. Terima Kasih. 


Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

3 Comments

  1. Sebutir permata menyinari batuan disekelilingnya menyebabkan batuan itu turut bercahaya. Terima kasih Cikgu Suffi kerana sudi menjadi permata itu untuk batuan AYU turut terima gemerlapannya.

    ReplyDelete
  2. Tak jemu membaca. Walau diri ini tidak spt Cg Suffi, cukup dgn membaca kejayaan insan lain menjadikan diri terinspirasi. Syabas! Teruskan perjuangan. Sendiri biasa, bersama menjadi super luar biasa.

    ReplyDelete
  3. Bakat yang dikurniakanNya digunakan untuk mendidik generasi untuk kecemerlangan hidup mereka di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
To Top