Johan Ikon Pendidikan Maya Negeri Perak : Terima Kasih anak-anak Cikgu!

Johan Ikon Pendidikan Maya Negeri Perak : Terima Kasih anak-anak Cikgu!


Sekadar mengukir kenangan indah bersama dengan murid-murid Kelas 6 Delima SK Pangkalan TLDM tahun 2022. 

Masih segar di ingatan saya dulu dapat makan pisang, Cikgu Matematik mengajar mengira sambil menjual buah.. lepas main-main berniaga dalam kelas, dapat makan semua buah-buahan yang Cikgu bawa! 

Itu zaman masa Cikgu kecil-kecil, zaman sekarang jauh lebih advance! Semoga lakaran ini terpahat di dalam hati anak-anak Cikgu dan bila dewasa nanti terus ukir kenangan-kenangan terindah dengan generasi seterusnya. 

Seperti yang dijanjikan, hari ini Cikgu tunaikan janji Cikgu untuk belanja anak-anak Cikgu makan McDonald's. Mulanya cadang nak bawa ke restoran tersebut, memandangkan banyak prosedur yang boleh melambatkan, kita gunakan cara yang paling cepat. 

Selalu Cikgu berpesan, keseronokkan yang Cikgu boleh bawa hanya sedikit sangat. Keseronokkan yang lebih besar boleh dinikmati jika didik jiwa cintakan ilmu, belajar rajin-rajin, capai cita-cita dan jadi insan berjaya dalam hidup! itu lebih menggembirakan banyak pihak. 


Terima kasih mudahkan urusan Cikgu, Terima kasih selalu ingat apa yang Cikgu ajar, semoga semua anak-anak Cikgu ini dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta mencapai kejayaan dalam kehidupan. 

Kelas ini bertuah kerana menjadi kelas yang terpilih untuk sesi pencerapan bersama dengan Jemaah Nazir Negeri Perak untuk Anugerah Ikon Guru Pendidikan Maya 2022 tempoh hari. Alhamdulillah, Cikgu mendapat tempat sebagai Johan untuk kategori ini di peringkat negeri. Kemenangan ini bukan milik Cikgu seorang, sebaliknya ada ramai yang insan-insan hebat yang terlibat untuk mencapainya termasuk anak-anak Cikgu di sekolah dan rakan-rakan guru yang sangat membantu. 

Segalanya dari Allah, kepada Allah kita kembalikan segala kejayaan dan kehebatan yang ada. Tanpanya, siapalah kita untuk berjalan di bumi yang nyata. 

Terima Kasih Semua! 


Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top