Ya Allah, sembuhkanlah Cikgu Azli Md Hashim agar kembali sihat seperti sediakala.

Ya Allah, sembuhkanlah Cikgu Azli Md Hashim agar kembali sihat seperti sediakala.


Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera, hari ini saya dapat perkhabaran yang menitiskan air mata saya apabila salah seorang guru saya telah empat hari terlantar di hospital kerana dijangkiti wabak Covid-19. Saya menyeru kepada semua rakan-rakan yang mengenali Cikgu Azli atau sesiapa sahaja yang membaca lontaran ini agar dapat mendoakan Cikgu saya kembali sihat seperti sedia kala. 

Ya Allah, 
Guru ini yang membimbing saya ketika di usia remaja Ya Allah, 
Guru ini yang menyuap saya makan ketika perut anak remaja ini kelaparan Ya Allah, 
Guru ini yang menyediakan pengangkutan ketika Ayah saya kembali ke rahmatullah Ya Allah, 
Guru ini yang menyediakan tuisyen percuma kepada saya setiap malam beliau kelapangan Ya Allah, 
Guru ini yang menjadikan saya seperti ahli keluarganya sendiri Ya Allah, 
Guru ini yang membisikkan di telinga saya supaya jadi orang berguna Ya Allah, 
Guru ini yang mengajar diri ini berani berucap di khalayak Ya Allah, 
Guru ini yang lebih bimbangkan kemenjadian diri ini ya Allah...Ya Allah, 
Guru ini yang mengalirkan air mata bila anak didiknya berjaya menjejak kaki ke Universiti Ya Allah, 

Ya Allah, 
Besar pengorbanan guru ini dalam hidup saya, besar jasa guru ini kepada keluarga saya, besar pengorbanannya dalam kemenjadian diri ini dan rakan-rakan sebaya. 

Sembuhkanlah ya Allah, angkatlah wabak ini dari diri beliau. Angkatlah wabak ini dari mendiami seluruh tubuh badan manusia yang sedang bertarung dengan wabak ini ya Allah. 

Ya Allah, 
Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengasihani, kami rapatkan tangan menadah doa supaya guru yang banyak berjasa dalam mendidik anak bangsa ini disembuhkan dan kembali sihat seperti sedia kala. 

Semoga doa-doa daripada kita semua dimakbulkan Allah s.w.t. Amin. 

Terima kasih semua rakan-rakan yang turut sama-sama mendoakan kesihatan guru saya. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan kebaikkan yang sama sepertimana kita mendoakan kesejahteraannya. 

"Doakan Cikgu ya, terima kasih." 

Itu diantara kata-kata cikgu saya sebelum meletakkan telefon. Saya sempat berbual dengan panggilan telefon tetapi keadaan tidak begitu mengizinkan kerana keadaan nafas beliau tersangkut-sangkut seperti penat dan saya tidak mampu lagi untuk berbicara panjang selain terus mendoakan supaya cikgu kembali sihat insyaAllah. 

Kami berdua hasil didikan guru hebat ini. 
Cikgu Suffi & Cikgu Sariah sekeluarga. 










dan banyak lagi... terima kasih semua!













Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

4 Ulasan

  1. Ya Allah.. Berikanlah kesembuhan pada Guru ini yang telah banyak berjasa mendidik anak-anak muridnya… berikan guru ini kekuatan dalam melawan sakit yg dihadapinya… dan sembuhkanlah guru bernama Cikgu Azli ini… pinjamkan lebih waktu dan usia bg guru ini Ya Allah… Aamiinn.. Amiinn.. Ya Rabbal Alamin…

    BalasPadam
  2. AINUL SAMURAI9/08/21, 9:36 PTG

    sedih saya baca coretan cikgu suffi ni .. Ya Allah! Berikanlah kemudahan kesembuhan kepada Cikgu Azli..angkatlah penyakit dari badannya dan berikanlah beliau peluang untuk kembali sihat seperti sedia kala.Perkenankanlah Ya Allah .. perkenankanlah doa2 kami..

    BalasPadam
  3. Moga cikgu kesayangan kita akan dinerikan kesembuhan ...dipermudah urusan...

    BalasPadam
  4. Semoga Cikgu Azli segera sembuh seperti sedia kala .. Moga dipermudah segalanya .

    BalasPadam
To Top