Tahniah 23 rakan guru yang telah berjaya mencapai 1,000 Subscriber dengan 'Content' dalam kategori pendidikan! - Cikgu Suffi (CS)

TERKINI



29 September 2020

Tahniah 23 rakan guru yang telah berjaya mencapai 1,000 Subscriber dengan 'Content' dalam kategori pendidikan!


Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



' GIVE AWAY' 

Biasa dengar youtuber beri give away sempena pencapaian jumlah subscriber tertentu? begitu juga dengan saya. Ketika jumlah Subscriber naik mendadak sering terlintas dalam fikiran apa yang boleh saya berikan kepada subscriber saya. Saya berhajat untuk berikan sesuatu yang sangat-sangat berharga yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit atau harta benda. 

Ya! sesungguhnya MASA dan TENAGA saya tiada siapa dapat membelinya sekiranya saya tidak berkeinginan untuk melaksanakannya. Saya dan rakan-rakan berikan sesuatu yang berharga, peserta yang perlu menghargai. 


AKADEMI YOUTUBER

Jadi.. di sini lahirnya IDEA untuk meneruskan kesinambungan pelaksanaan modul untuk melahirkan lebih ramai YOUTUBER dari kalangan rakan-rakan guru seluruh negara. Pengorbanan yang perlu diberikan kerana bukan senang untuk lahirkan youtuber khususnya berkaitan kandungan dari kategori pendidikan. 

Semasa ditemuduga untuk menyandang jawatan sebagai seorang guru, saya pernah berjanji bahawa saya ada sesuatu yang boleh disumbangkan dalam dunia pendidikan. Sudah pelbagai cara saya ingin membuktikan saya adalah ASET kementerian yang boleh menyumbang sesuatu dalam dunia pendidikan di Malaysia. Alhamdulillah nampaknya 'GOOGLE CLASSROOM' telah berjaya membuktikan bahawa jika matlamat kita jelas, ikhlas dan jujur kita akan sampai ke destinasi yang kita tuju.

Tidak cukup dengan itu, saya masih belum puas dan terus ingin menyumbang dengan membuka Akademi Youtuber sebagai 'ADD ON' kepada 'Google Classroom'. Alhamdulillah, ramai 'Content Creator' yang berbakat besar berjaya diketengahkan demi pendidikan di Malaysia. 

Saya percaya, saya yakin, jika kita ingin buat sesuatu yang baik kita sandarkan kepada pertolongan Allah dan Allah akan dihantar insan-insan yang baik membantu melancarkan apa yang ingin kita laksanakan dan ianya berlaku dan berlangsung dengan begitu cemerlang. 

'KERJA TAK MASUK AKAL' 

Guru biasa mengajar guru seluruh negara secara dalam talian, itulah kerja yang tak masuk akal yang pernah saya lakukan sepanjang tempoh PKP dan rata-rata youtuber yang membantu hanya tidur dua hingga tiga jam sahaja sehari menyiapkan video. Kenangan manis sepanjang PKP, demi pendidikan kami korbankan dan kami berasa puas dengan apa yang telah kami lakukan. 

Itulah semangat kolaborasi guru Malaysia, diterapkan dalam komuniti #kitabantukita di mana kami diperlukan di situ kami ada untuk membantu. 

PERKONGSIAN TIDAK TERBATAS 

Kita memiliki ilmu-ilmu yang pelbagai, akademik ataupun sebaliknya namun sayang ilmu tersebut tercurah dalam ruang lingkup yang kecil. Kadangkala dipandang sepi kerana bukan semua 'berminat' dengan ilmu yang ingin kita sampaikan. Oleh yang demikian, lebih baik kita beri kepada mereka yang benar-benar berkeinginan ilmu tersebut dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. 

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Ayu! terus berjalan, MISI melahirkan 10,000 Subscriber di bawah Akademi Youtuber bukanlah satu usaha yang mudah boleh dicapai dalam tempoh yang singkat. Perlukan pengorbanan pelbagai pihak. Jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang memberi sokongan, begitu juga dengan seorang demi seorang rakan guru dihantar untuk menjadi 'ORANG KUAT' dalam Akademi Youtuber, tanpa anda semua siapa saya ingin meneruskan hasrat murni ini kerana anda semua adalah kekuatan saya untuk terus berdiri berkorban masa dan tenaga. 

Terima kasih Allah, hadirkan kekuatan dalam pelbagai bentuk bagi menjayakan Akademi Youtuber. Kita hanya insan biasa yang berusaha, atas keizinanNya yang mampu menjayakannya. 

PERCUMA bukan kerana tidak berharga, tapi untuk dihargai
SENDIRI kita biasa, bila bersama mampu jadi LUAR BIASA
Mengajar SEORANG YANG BERMINAT lebih baik daripada 1,000 Orang yang tidak berminat.

Sertai Akademi Youtuber, PERCUMA untuk anda. Pengambilan Batch-3 akan diadakan pada tahun 2021. Jangan terlepas peluang, hanya di AKADEMI YOUTUBER menjadikan anda youtuber TANPA KOS PENGAJIAN. 

Yu. Suffi Yusof
YM Akademi Youtuber
www.akademiyoutuber.com




No comments:

Post a comment

Youtube Channel