Akademi Youtuber - 'Give Away!' paling istimewa buat Guru Malaysia!

Akademi Youtuber - 'Give Away!' paling istimewa buat Guru Malaysia!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Akademi Youtuber - 'Give Away!' paling istimewa buat Guru Malaysia!

Baru-baru ini KPM bersama-sama rakan usaha 'GERGASI' di Malaysia seperti Google dan Microsoft telah melancarkan penjenamaan semula portal pelantar pembelajaran sebelum ini yang dikenali sebagai Digital Learning kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa).

Jutaan terima kasih kepada Google Malaysia yang 'MELIHAT' kepada usahasama Kelab Guru Malaysia dan eDidik Malaysia dalam melaksanakan Modul e-Pembelajaran Penguasaan Google Classroom untuk guru-guru di Malaysia bermula pada 27 Mac 2020 dan berakhir pada 8 Jun 2020. 

Pelaksanaan Modul sebanyak 8 Level ini mendapat sambutan hangat daripada guru-guru seluruh Malaysia dan telah  menerima sebanyak 81,538 penyertaan sepanjang tempoh tersebut. Sepanjang pelaksanaan semua Level yang terkandung di dalam Modul Pembelajaran tersebut, eDidik Malaysia telah berjaya menjana 31,216 Sijil untuk guru-guru seluruh negara. Jumlah yang agak besar ini menjadi bukti bahawa Modul Pembelajaran Google Classroom yang dibina dengan kerjasama guru-guru Malaysia ini dapat membantu guru-guru seluruh negara yang memerlukan. 

Susulan kepada kejayaan ini membuatkan Marc Woo (Country Head Google Malaysia) menyentuh tentang 'Fenomena Indah' ini di dalam ucapannya.


dan juga ada video khusus untuk palaksanaan modul ini atas usahasama rakan-rakan guru seluruh Malaysia dedikasi khas dalam lipatan sejarah untuk semua yang terlibat :







Untuk melihat semua video aktiviti yang berlaku sepanjang tempoh pelaksanaan modul ini, guru-guru boleh melihat playlist berikut :



Susulan kepada kejayaan pelaksanaan Modul e-Pembelajaran Penguasaan Google Classroom yang berjaya ini, kerjasama diteruskan bersama eDidik Malaysia untuk memberikan 'Give Away!' kepada rakan-rakan guru yang tidak henti-henti memberi sokongan padu kepada program sebelum ini dengan melancarkan 'Modul e-Pembelajaran Penguasaan Youtube Studio' mensasarkan rakan-rakan guru yang berminat untuk menjadi 'Youtuber'  melalui satu pelantar yang diberi nama 'Akademi Youtuber'. 

Akademi Youtuber diketuai oleh saya sendiri (Cikgu Suffi) bersama AbeymatPB (Cikgu Mamat) bersama-sama Youtuber GCMalaysia Support sebelum ini akan bersama-sama meneruskan pelaksanaan modul ini yang diberikan secara 'PERCUMA' khusus untuk rakan-rakan guru seluruh Malaysia. Pelaksanaan modul ini selaras dengan kehendak semasa di dalam era pembelajaran Norma Baharu yang memerlukan guru-guru memiliki lebih banyak bahan di dalam talian. Video adalah format bahan pembelajaran yang paling menarik dan berkesan untuk kegunaan para pelajar, sehubungan itu pelaksanaan modul ini akan melahirkan lebih ramai 'Content Creator' dalam Malaysia yang menerbitkan bahan-bahan pendidikan di dalam pelantar Youtube. 


Team Media & Komunikasi (MEDIA)

Bukti kepada permintaan tinggi ini, Akademi Youtuber telah berjaya mengumpul 10,000 ahli di dalam group telegram (http://t.me/akademiyoutuber) hanya dalam tempoh 5 Hari. Proses pendaftaran sedang giat dijalankan untuk memastikan hanya guru yang akan menerima manfaat ini kerana program ini boleh dikatakan program khusus untuk guru malaysia, dari guru untuk guru yang memahami kehendak semasa rakan-rakan guru di Malaysia. 

Terima kasih di atas sokongan anda semua, berikan kami ruang dan peluang untuk berbakti dengan cara kami bagi memudahkan guru-guru menempuhi kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk norma baharu yang sedang kita lalui sekarang. 


Team Youtuber Trainer

Barisan Youtuber yang akan membantu rakan-rakan guru menguasai penggunaan pelantar perkongsian video terkemuka di dunia Youtube untuk kandungan video bagi kategori pendidikan di Malaysia. Semoga usaha kecil ini dapat memberikan manfaat yang besar buat semua rakan-rakan guru. 

Teruskan menyokong modul-modul terbitan Kelab Guru Malaysia dan eDidik Malaysia, ternyata semuanya telah terbukti kejayaannya, dianggotai oleh semua rakan-rakan guru seluruh Malaysia dan yang paling menarik ialah semuanya disediakan secara PERCUMA! 

Khusus untuk anda, Guru Malaysia. 

Terima Kasih. 

Cikgu Suffi Yusof
Guru Penyelaras Bestari,
SK Pangkalan TLDM, 
Lumut, Perak

+ Pengasas Akademi Youtuber
+ Pengasas GCMalaysia Support Team 
+ Ahli Pasukan Task Force Virtual Learning PPD Manjung, Perak
+ Pengasas Pembelajaran NIMStudy - UPSR/PT3/SPM/STPM
+ Admin Kelab Guru Malaysia
+ Admin eDidik Malaysia








Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top