TIdak dapat sijil untuk Level 1 dan Level 2? Walaupun menduduki ujian dan dapat 100%?? Ini puncanya.

TIdak dapat sijil untuk Level 1 dan Level 2? Walaupun menduduki ujian dan dapat 100%?? Ini puncanya.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Post ini khusus untuk rakan-rakan guru yang belum medapat sijil setelah menduduki ujian GC Level 1 & 2. Ini adalah faktor kenapa sijil tidak sampai ke tangan cikgu-cikgu.

1. Cikgu mengisi alamat email yang tidak aktif
2. Cikgu mengisi alamat email yang tidak lengkap
3. Cikgu belum  menyemak pada bahagian Spam Box, kadangkala sijil berada di sana.

Oleh yang demikian, kami telah membina beberapa link penting untuk tujuan menuntut semula melalui maklumat seperti berikut :

⚠️1. Sijil anda tidak boleh disahkan di dalam SPLKPM??!
Jom tukar sijil dengan tajuk Modul e-Pembelajaran : Penguasaan Google Classroom Level 1
Untuk yang bermasalah sahaja, KLIK http://gg.gg/GC1TukarSijil

⚠️2. Masih belum terima sijil untuk Modul e-Pembelajaran : Penguasaan Google Classroom Level 1?
(semak tarikh terima di sini http://gg.gg/gcstatus )
Sila isi borang keciciran di sini :  http://gg.gg/GCL1sijilerror

⚠️3. Masih belum terima sijil untuk Modul e-Pembelajaran : Penguasaan Google Classroom Level 2?? ⚠️
(semak tarikh terima di sini http://gg.gg/gcstatus )
Anda boleh mengisi borang selepas 24 jam tamat tarikh sepatutnya anda menerima sijil di sini : http://gg.gg/GCL2sijilerror
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

1 Ulasan

  1. CIkgu Suffi, bolehkah bantu buka semula Forms dan terima Pertukaran 'TAJUK SIJIL' untuk LEVEL 1 kerana sijil saya masih bertajuk kuiz online

    BalasPadam
To Top