Selesai berkongsi penerokaan untuk menjadi seorang 'Yotuber' bersama guru-guru daerah Manjung.

Selesai berkongsi penerokaan untuk menjadi seorang 'Yotuber' bersama guru-guru daerah Manjung.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Sempena PKP ini PPD Daerah Manjung bersama-sama JU ICT yang hebat menganjurkan siri PLC Secara Online untuk guru-guru daerah Manjung. Alhamdulillah kali ini saya dapat berkolaborasi dengan mereka untuk berkongsi idea dan pengalaman sepanjang saya meneroka fitur-fitur yang terdapat di dalam sistem Youtube yang boleh digunapakai oleh guru-guru untuk menerbitkan kandungan pendidikan bermutu tinggi. 

Menggunakan aplikasi hangouts meet kami berkongsi idea dan pendapat sehingga 2 jam dan saya yakin telah dapat membakar semangat guru-guru untuk segera membuka channel di youtube dan mengikut apa yang dibincangkan. Selain perlu akur dengan peraturan yang ditetapkan, setiap guru mampu menyahut cabaran ini kerana guru adalah 'Content Creator' yang hebat. Setiap hari kita membina pelbagai perkongsian ilmu cuma masih tidak dirakam atas kekangan tertentu. 

Melalui PLC ini juga saya merungkai kaedah bagaimana untuk berhadapan dengan kekangan yang sepatutnya tidak dijadikan penghalang yang cukup kuat untuk kita berjaya menjadi penyebar ilmu bukan sahaja di sekolah malah di seluruh negara. InsyaAllah Asas Youtuber ini akan juga dikongsikan dengan rakan-rakan guru seluruh negara melalui platform eDidik Malaysia dalam masa terdekat. Keseluruhan peserta yang berjumlah 250 orang dalam siri PLC kali ini diharapkan dapat menghidupkan unggun api yang sudah dihidupkan, walaupun api kita masih kecil tetapi kita ada banyak ranting kayu kecil untuk membuatkan api itu marak membakar kayu yang lebih besar!. 

Terima Kasih semua. 



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top