JPN Pahang membuka ruang seluas-luasnya untuk guru-guru di negeri pahang menguasai Google Classroom. Tahniah!

JPN Pahang membuka ruang seluas-luasnya untuk guru-guru di negeri pahang menguasai Google Classroom. Tahniah!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Pahang menjadi negeri pertama di Malaysia yang membuka semula Modul e-Pembelajaran : Penguasaan Google Classroom untuk semua daerah yang berada dibawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri. 

Modul e-Pembelajaran : Penguasaan Google Classroom ini diperkenalkan pada 27 Mac 2020 sebagai satu inisiatif untuk membantu guru-guru Malaysia menguasai Google Classroom dengan cara yang paling pantas kerana keadaan mendesak untuk penggunaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk tetap menyampaikan ilmu melalui Pelantar Pembelajaran yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Modul ini dikuasakan oleh Team Jurulatih Utama eDidik Malaysia dengan kerjasama Kelab Guru Malaysia. Modul yang mendapat sambutan dikalangan guru-guru ini diperkuat dengan bantuan sokongan daripada beberapa sesi pengukuhan dan bantuan secara dalam talian. 

Modul ini memiliki beberapa kekuatan yang ditambah dari semasa ke semasa, diantara kekuatan yang dimiliki ialah :


1. Set ujian setiap level bagi mengukur keupayaan semasa guru-guru berpandukan kepada modul sokongan yang disediakan oleh Google sendiri. 

2. Setiap peserta yang lulus dengan markah 80% dan ke atas akan mendapat sijil penyertaan yang dikeluarkan oleh eDidik Malaysia. 

3. Modul ini boleh direkodkan ke dalam SPLKPM melalui latihan kendiri dan e-pembelajaran. 

4. Memiliki Group Telegram khusus yang mengumpulkan semua peserta untuk saling bertukar pandangan dan merungkai persoalan rakan yang lain. Membina komuniti berilmu dan berkongsi ilmu yang dimiliki dengan tagline #KitaBantuKita

5. Memiliki Kelas di dalam Google Classroom mengikut negeri masing-masing di mana para Admin bertungkus lumus menyiapkan guru-guru dengan ilmu asas bagi menduduki ujian level seterusnya. Inisiatif ini dijangka akan melahirkan 15,000 Guru yang benar-benar mahir menggunakan Google Classroom dan mampu menjadi Jurulatih di negeri masing-masing. 

6. Memiliki Team Youtuber yang memain peranan sebagai 'Content Creator' dalam memudahkan guru-guru memahami sesuatu topik tanpa perlu membuang masa mencuba sendiri, semuanya secara hands on dan boleh diikuti terus menjadi. Tutorial ringkas dan padat. 


7. Mendapat sokongan moral daripada pegawai-pegawai atasan khususnya berkaitan latihan dan sekor pembelajaran. 

8. Mendapat sokongan daripada pegawai-pegawai PPD yang sudah mula membuka semula ujian kepada guru-guru di dalam daerah masing-masing (Manjung, Bagan Datuk, Hulu Perak, Tuaran dan banyak lagi akan menyusul). 


Akhir kata jutaan terima kasih kepada En.Shahrul Nizam Bin Bakar selaku Ketua Penolong Pengarah TMK Sektor Pembelajaran JPN Pahang dan En.Zafiru Bin Yassin selaku Ketua Penolong Pengarah (Sains & Matematik) JPN Negeri Pahang yang menyatakan sokongan dan melancarkan pembukaan Modul e-Pembelajaran : Penguasaan Google Classroom Level 1 kepada semua guru-guru di negeri Pahang. 

#KitaBantuKita
#GoogleClassroom
#DigitalLearning
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top