Tahniah diucapkan kepada Cikgu Siti Faridah & Cikgu Ruth Ling tetap mengajar walau akur dengan PKP.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Siti Faridah & Cikgu Ruth Ling tetap mengajar walau akur dengan PKP.



Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Semangat guru itu tiada batasnya, walaupun patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang memerlukan semua berada di rumah, namun tidak menghalang guru daripada meneruskan pengajaran dan pembelajaran bersama murid dari rumah masing-masing. 

Guru ini berinteraksi dengan murid-muridnya dari sekolah Sekolah Kebangsaan Kampung Dato' Seri Kamaruddin menggunakan aplikasi 'Hangouts Meet' yang membolehkan guru dan murid berinteraksi melalui rakaman video dan suara. Selain daripada itu, murid juga boleh berinteraksi dengan murid secara dua hala di dalam skrin yang sama menggunakan add on Jamboard

Cikgu Suffi dijemput untuk menjadi pemerhati di dalam penggunaan aplikasi ini dan Alhamdulillah satu sesi PDPC yang sangat menyeronokkan dan ibu bapa juga boleh turut serta membantu anak-anak memahami apa yang disampaikan oleh Cikgu Siti Faridah. 

Syukur murid-murid semuanya patuh PKP untuk elak penularan wabak Covid19 kerana semuanya kelihatan berada di rumah masing-masing! 

Tahniah!



      


     

Pada masa yang sama juga Cikgu Ruth Ling turut bersama-sama murid dari Sekolah Kebangsaan Seri Bayu melaksanakan PDPC secara online menggunakan aplikasi yang berbeza iaitu Zoom dan juga Annotator. Berikut paparan screenshot yang dikongsikan bersama :







Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top