Idea Program Kecemerlangan UPSR 2020 yang 'Wow!'

Idea Program Kecemerlangan UPSR 2020 yang 'Wow!'

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



1. Kelas tambahan

Seperti biasa setiap sekolah ada buat kelas tambahan khas untuk anak-anak yang akan menduduki UPSR, Program ini sudah menjadi rutin biasa setiap tahun. Tapi untuk berikan faktor 'wow' kepada aktiviti ini ialah dengan mengadakan kelas tambahan pada waktu malam bersama ibu/bapa. Wow nya di sini ibu bapa bersama anak-anak belajar dalam tempoh 1 jam dan saling bantu membantu sekiranya anak masih sukar menguasai topik tertentu. Ramai ibu bapa ingin membantu anak-anak berjaya dalam pelajaran namun ada juga sesuatu topik yang ibu bapa sendiri tidak menguasainya. Jadi di sini guru mengajar anak murid dan ibu bapa di dalam satu kelas. Mungkin mengambil masa sekitar 1 jam untuk satu sesi. Kelas tambahan luar biasa ini memberikan hubungan baik antara Guru, Ibu Bapa dan Murid itu sendiri. Menarik? ini sekadar cadangan, boleh dilaksanakan sekiranya menarik dan mampu dilaksanakan di sekolah masing-masing. 

2. Program motivasi murid

Motivasi murid bukan sekadar slide & talk, Murid sekarang ingin melihat alam nyata. Bukti yang kukuh dan semestinya dapat dilihat secara terus oleh mereka dan ibu bapa. Pandangan murid sebenarnya sekadar di layar slaid semata, mereka tidak mampu menembusi slaid tersebut untuk mencari sesuatu yang lebih tersirat. Motivasi yang terbaik adalah suara hati yang lahir dari mereka yang melaluinya, pengalaman hidupnya, kegagalan dan kejayaan yang telah dilalui. Suara ini akan lebih mudah melekat di dalam hati anak-anak berbanding suara yang bergantung kepada slaid yang sebahagian daripadanya tidak hadir dari pengalaman sendiri suara tersebut. Sebagai contoh, kita miliki ramai orang yang berjaya, kita juga ada orang tidak berjaya yang jika diberi peluang untuk bercakap, mereka akan hadir dengan penuh semangat untuk memberikan 'Pembetulan dalam kehidupan' kepada anak-anak di sekolah supaya tidak mengulangi apa kesilapan yang dilakukannya dahulu. Sebagai contoh berdasarkan beberapa faktor seperti kemiskinan, malas untuk habiskan persekolahan, mengikut kawan yang salah, derhaka kepada ibu bapa dan guru dan banyak lagi yang mereka menyesalinya sekarang. Bawa mereka, beri peluang bersama-sama betulkan apa yang telah dilalui. Jangan terkejut jika sudah tahun 2020 masih ada anak-anak yang 'tiada alasan' untuk ponteng sekolah hanya kerana 'Malas' dan 'Bosan'.  (Kemaskini 22/3/2020 : Sambil patuh perintah kawalan pergerakan sempena penularan wabak Covid-19)

3. Teknik Menjawab

Bersambung...

4. Dialog Prestasi

5. Perkhemahan 6A
6. Rombongan sambil belajar
7. Tuisyen oleh Ibu Bapa
8. JomLawan by NIMstudy
9. Smartphone boleh membunuh
10. Disiplin tinggi asas kejayaan.
11. BaktiMurid - Kerja Amal pengisian kerohanian.
12. Program Anak Angkat UPSR
13. Unit Statistik UPSR - Update pencapaian mingguan
14. BBQ Tahun 6 - Target
15. GotongRoyong Keceriaan Kelas - Murid selesa keputusan luar biasa!.
16. Beza Tirai Besi dan Universiti!
17. Wasiat ibu bapa sempena UPSR
18. Kem Solat Hajat
19. Pancung 'E'
20. Bacaan Yasin Mingguan
21. Ikut Sinior!
22. Ibu Bapa buat ini
23. Isi kerohanian cerdaskan jasmani


Saya senaraikan tajuk dulu, ada kelapangan masa nanti saya akan perincikan pelaksanaannya.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top