Akhirnya capai 1,000 Subscribers! selepas 9 tahun join youtube. Terima kasih semua.

Akhirnya capai 1,000 Subscribers! selepas 9 tahun join youtube. Terima kasih semua.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Hari ini cikgu nak kongsi sikit beberapa fakta menarik tentang Channel Cikgu Suffi  yang telah berusia hampir 9 tahun menjelang 6/12/2019 nanti. 

0 - 1,000 Subscribers  - ( 6/12/2010  - 17/10/2019 ) = Hampir 9 Tahun!

Kadang-kadang terfikir kelakar pun ada, Selalu kita tengok tajuk-tajuk menarik di youtube, "get 1,000 subs in 1 day!" semua pakat klik, sebab tajuknya menarik. Tapi kalau cikgu buka tajuk "Get 1,000 subs in 9 years!" pasti tiada siapa nak klik. Lama sungguh! 



PERJALANAN CHANNEL YOUTUBE CIKGU SUFFI?

1. Asalnya sekadar untuk menyimpan video-video menarik yang di rakam.


2. Cikgu memang minat dunia fotografi bermula dengan kamera nikon D40, kemudian upgrade kepada D7000. Tak ada DSLR kamera Nokia N8, SJ Cam, Action cam hingga kepada kamera2 keluaran DJI. 


3. Fotografi, Video, grafik design itu memang dunia obses cikgu. 

4. Selepas beberapa lama youtube perkenalkan fungsi live tanpa syarat. Sangat seronok buat live dan simpan terus ke server tanpa edit dan lain-lain proses rumit. Kebanyakkan video berstatus private untuk simpanan sendiri kenangan masa depan. 

5. Setelah beberapa insiden dan masalah sosial mungkin menyebabkan youtube mengenakan syarat 1000 Subs minima untuk membolehkan kita aktifkan semula fungsi live!

6. Setelah dapat 1,000 subs belum tentu lagi kita boleh like! perlu juga cukup 4,000 jam tontonan dalam tempoh 365 hari. Cukup syarat kedua-dua ini baru boleh live!

7. Cukup kedua-dua syarat ini, pengguna boleh mula record live via mobile atau desktop dan juga fungsi monetize diaktifkan yang akan memberikan ganjaran dalam bentuk wang melalui iklan-iklan yang dipaparkan di dalam video yang dihasilkan.  

8. Perkongsian ilmu melalui youtube kini lebih mudah ditambah pula dengan penggunaan google classroom dilaksanakan. 

9. Seterusnya, video-video kategori pendidikan akan ditambah dengan lebih agresif dari semasa ke semasa sambil merealisasikan impian sebelum ini untuk berkarya melalui filem pendek. 

10. Sesuatu yang luar biasa akan dimulakan pada tahun 2020, mungkin impian selama ini akan menjadi kenyataan dengan adanya team dan pelapis berkarya dengan karya yang berkualiti melalui penghasilan  filem pendek berunsur pendidikan. 

Semoga impian akan menjadi kenyataan, mari pasang angan-angan dan terus berlari mengejar impian!
0 - 1,000 Subscribers  - ( 6/12/2010  - 17/10/2019 ) = Hampir 9 Tahun!
1,001 - 10,000 Subscribers  - 18/10/2019 - 6/5/2020 = 141 Hari!
10,000 - 100,000 Subscribers  - Bila? 
100,000 - 1,000,000 Subscribers  - Bila? 

Boleh ke seorang cikgu dapat 1,000,000 Subscribers? nampak macam susah. Tapi apa salah jika kita memasang angan-angan dan terus istiqomah terbitkan sesuatu yang bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat. Kualiti diutamakan, subscribers datang kemudian. Semuanya di atas ketentuanNya.

Teruskan Support Channel Cikgu Suffi dan insyaAllah perjalanan langkah 1001 Subs diteruskan. Terima kasih semua! anda semua memang terbaik. 

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top