NIMstudy UPSR catat 100,000 paparan dalam tempoh 3 Hari! - Cikgu Suffi (CS)

TERKINI



10 August 2019

NIMstudy UPSR catat 100,000 paparan dalam tempoh 3 Hari!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



3 Hari dilancarkan, NIMstudy UPSR 2019 mencatatkan ulangkaji berdasarkan Soalan Sebenar UPSR 2016,2017,2018 secara online digunakan oleh 9,230 Murid/Pengguna seluruh negara. Anda sudah mencubanya?

MUDAH - PANTAS - MENCABAR DIRI - PERCUMA!
JAWAB SOALAN, LIHAT MARKAH, DAN BETULKAN KESILAPAN. Markah murid seluruh negara dipaparkan umum menjadikan anda tidak belajar keseorangan!
Hebahkan agar lebih ramai beroleh kejayaan dalam UPSR 2019!

MAAFKAN SAYA!
Saya tidak sediakan soalan dari SJKT dan SJKC, namun sekiranya ada permintaan daripada guru-guru dari SJKT atau SJKC saya sedia bangunkannya. Sila PM saya t.me/suffi untuk kita berkongsi sumber yang ada. 


PAPARAN UMUM SENARAI MARKAH CALON YANG MENJAWAB SOALAN

Semoga semua melihat dari sudut positif kenapa saya paparkan paparan ini kepada umum khususnya kepada murid sendiri selepas mereka menjawab soalan. Paparan umum bertujuan untuk meningkatkan lagi motivasi diri para pelajar di kala mereka bersendirian belajar di rumah. Melalui paparan ini, setiap daripada mereka boleh melihat markah dan pencapaian masing-masing dan mendapati mereka berlumba-lumba mendapatkan markah penuh!. Pada pendapat saya, paparan ini sangat memberi 'isyarat' bahawa setiap murid perlu fokus pada pelajaran pada setiap masa kerana di sini mereka boleh melihat buktinya. 

Saya juga terkenangkan balik zaman silam apabila saya melihat ada murid yang menjawab soalan seawal pada jam 4 pagi. Itulah waktu saya belajar dulu-dulu. Kagum dengan kesungguhan mereka. 

RAMAI YANG BERTANYA APA ITU 'NIMs'?


NIMs ialah panggilan terhadap terhadap anak-anak saya dengan himpunan huruf pertama nama mereka, iaitu Nurul Iman Muhammad Suffi, Nurul Isqi Muhammad Suffi dan Nurul Iris Muhammad Suffi. Apabila mereka dipanggil untuk study, saya dan isteri akan panggil.. 'Nims! Study'. Jadi atas panggilan itu saya gunakan sebagai jenama untuk koleksi set menjawab soalan sebenar secara online di sini. 


Berasal dari kata panggilan anak-anak sendiri untuk belajar , kini panggilan tersebut didengari oleh semua anak-anak murid di luar sana. Semoga kesemua yang menyeru panggilan ini beroleh kecemerlangan yang diharapkan sama seperti anak saya Nurul Iman yang juga akan menduduki UPSR pada tahun ini. Cikgu tahu kamu semua boleh!

Bersama kita doakan kejayaan diperoleh untuk setiap orang. 



Cikgu sangat teruja dengan kehabatan diri kamu dan kesungguhan guru kamu di sekolah!

Betapa terujanya Cikgu, sejak dilancarkan kepada umum. Di skrin Cikgu sentiasa terbuka 12 panel yang memaparkan kesemua markah semasa kamu dan yang mana dapat markah penuh Cikgu ucapkan tahniah di ruang komen. Kesungguhan yang dikagumi bukan sahaja menaikkan semangat guru, malah rakan-rakan kamu di berlainan daerah dan negeri.

TERUSKAN USAHA! MARKAH PENUH MILIK SETIAP INSAN. 


2 comments:

Youtube Channel