NIMStudy UPSR aplikasikan Sistem Warna (EWS) untuk mudahkan pemantauan murid oleh guru dan ibu bapa

NIMStudy UPSR aplikasikan Sistem Warna (EWS) untuk mudahkan pemantauan murid oleh guru dan ibu bapa

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Di saat-saat akhir ini, Cikgu sentiasa fikirkan sesuatu yang boleh memudahkan murid-murid belajar. Seterusnya Cikgu perkenalkan sistem markah berwarna automatik untuk lebih membakar semangat kamu!

Sistem Warna (Early Warning System) untuk markah ini bagi memudahkan kamu mengesan kedudukan terkini berdasarkan warna dengan cepat dan menarik. Skala yang cikgu tetapkan di sini ialah jika markah 0-29 warna merah, 30-39 warna kuning dan 40 warna hijau. Sekiranya setiap kali mencuba kamu dapat warna Hijau, itu sudah membuktikan kamu cukup bersedia untuk soalan objektif. Jangan terlupa fokus bahagian B atau subjektik pula!

Buat ujian, semak markah, kaji kesilapan bersama guru atau ibu bapa, ulang semula ujian sehingga dapat 40/40, Kamu boleh!

Selamat Maju Jaya, semoga bermanfaat, semoga dipermudahkan urusan anak-anak cikgu seluruh Malaysia yang akan menduduki UPSR tahun ini. Amin. 

KLIK DI BAWAH UNTUK MELIHAT REKOD RAKAN DARI SELURUH NEGARA








Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top