“Jangan kerana Si Pemalas berat tulang, Si Rajin tak boleh berjasa”

“Jangan kerana Si Pemalas berat tulang, Si Rajin tak boleh berjasa”

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Image may contain: car and outdoor


Baru-baru ini sedang meluncur di FB terlihat satu post seorang GB berkaitan isu bekerja waktu cuti sekolah, post ini menarik perhatian saya kerana apa yang dikatakan itu realistik dengan jiwa seorang pendidik. Berikut post beliau :

Kerja Itu Satu Ibadah!
Kerja masa cuti pahala berganda ye ke
Dalam usaha mencari Lailatur Qadar agaknya
Bos dah cakap tak perlu datang kerja masa cuti!
Tapi tak faham-faham diorang nih
Nak kena rotan cikgu-cikgu rajin nih kan he3
Semua GPK pun ada harini
Kelmarin pun sama
Cikgu pun ada datang dok kat bilik guru
ish3 rajin sungguh kan
Alahai nanti Bos pulak kena kad merah hu3
Maaflah Pak M eh
Tak tahu nak wat camne dah
Biar je lah ya cikgu yg nak kerja
Tak kan nk halau
Tak kan Bos nak kunci pagar sekolah plak kan ha3
Bos dah cakap cuti is cuti!
Esok datang siap eh
Dok rumah bersama keluarga
Kemas rumah buat kuih gi shopping lah
Tapi diorang datang jugak hu3
So jangan salahkan PGB okay
Sebab ramai cikgu2 sejati kat luar sana
Yang tidak berkira dalam menjalankan tugas
Yang seronok bekerja
Yang tak kenal erti penat lelah
Yang sayang sekolah
Yang jiwanya adalah cinta sekolah
Yang bahagianya selesai kerja
Yang yakin pahala pada ilmu
Yang redha ibadah pada kerja
Yang pasrah rezeki pada tugas
Yang nawaitunya kerja itu satu ibadah!
“Kerjalah seperti gaji 10K walau gajimu 5K bukan gaji 5K tapi kerja spt gajimu 2K”
“Lebihan adalah ganjaran nanti, kekurangan jawablah nanti”
“Jangan kerana Si Pemalas berat tulang, Si Rajin tak boleh berjasa”
“Biarlah yg Rajin Bersuara itu seperti Rajinnya Bekerja, kerana lumrahnya yang lantang ini hanya pandai berbicara tetapi tidak pandai bekerja kerana asyik mengeluh berkira kerja”
“Yang Rajin nih bekerja tanpa suara kerana tiada masa nak fikir buang masa melainkan pahala semata”
Kerja Itu Ibadah. Allahuakbar 🧕
Selamat bekerja kepada yang masih belum bercuti.
Selamat bekerja juga kepada yang sudah bercuti tapi masih bekerja.
Selamat bekerja juga kepada yang sudah bercuti dan bawa balik kerja he3
Moga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati olehNYA. Ameen ❤️

Saya sokong GB Rafidah Mohd Yussup kenyataan yang realistik, mampu membina hala tuju yang terbaik untuk institusi. Bukan nak bodek ( tak kenal pun sebelum ni) , tapi yang baik kita kena sokong, itu jiwa pendidik yang sebenar (mulut longkang akan terjemah sebagai bodek). Walaupun mungkin ada yang terasa hati kerana tersalah tafsir, sebab itu jangan biasakan diri itu negatif, bila orang lain taip POSITIF sudah menjadi kebiasaan ada yang akan membaca menjadi NEGATIF. Terbaik GB! mohon KPM naikkan lebih ramai GB sebegini. Baru dunia boleh berubah!. 

Hal ini sama kisahnya dengan sifat 'CEMBURU MEMBABI BUTA' apabila melihat seseorang itu memberi lebih di dalam perkhidmatannya sehingga ada yang sanggup menjadi dalang dan penghalang semangat. Sepertimana dalam filem PASKAL ada juga yang menjadi duri dalam daging dan semestinya ini semua tiada menyumbang kepada organisasi malah mampu menghancurkan organisasi. Siapa kita di dalam organisasi? penyumbang? penumpang? atau penumbang organisasi? dalam sedar atau tidak sedar dengan tindakan menjadi ejen memburukkan seseorang di atas usahanya untuk organisasi itu adalah sifat terkeji yang perlu dielakkan. Di mana kedudukan di kita dalam 3 kategori yang tertera di atas. Tepuk dada tanya selera, yang baik kita sokong, yang tak baik jadikan tauladan. 

Jiwa seorang guru itu sentiasa terikat dengan sekolah. 

Tak mampu menjadi lebah sempurnakan pendebungaan, jangan pula menjadi langau yang membusukkan daging
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top