Cerita Syed Naufal dan Samuel.. anak cikgu

Cerita Syed Naufal dan Samuel.. anak cikgu

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Syed Naufal! siapa tak kenal di sekolah, seorang yang digeruni bukan kerana garang, tapi kerana sangat tegas dalam memberi arahan. Inilah 'Anak Cikgu' yang dimaksudkan... dalam erti kata lain, murid yang disayangi guru-guru. 

Seorang murid yang sangat minat dengan ICT, menyelongkar dan merungkai segala persoalan berkaitan ICT yang kadangkala tak terfikir perkara itu akan terlintas di fikiran murid sekolah rendah. Nampaknya ada sesuatu yang akan lahir dalam tahun-tahun mendatang. Seperti lahirnya sebuah rangkaian sosial FB selepas Friendster... mungkin Syed akan lahirkan sesuatu yang lebih hebat! itu cabaran cikgu. 

Sebagaimana Cikgu yang pernah lahirkan portalniaga namun terkesan dengan kehadiran FB yang memudahkan lagi peniaga online berniaga tanpa bayaran, cikgu pernah lahirkan lotniaga namun terkesan dengan kekangan kewangan untuk maintain server yang berkos tinggi kini persamaannya dengan ebay dan lazada, sepertimana cikgu pernah lahirkan adsniaga yang kini persamaanya dengan Adwords oleh google namun terkandas dengan kekangan kos pengurusan. Idea yang kita ada hari ini jika diletakkan di tempat yang betul, kita boleh jadi 'seseorang' dalam dunia ini. 

Pengajarannya di sini, idea berteknologi yang dimiliki mesti didatangkan dengan modal yang mencukupi untuk menjalankannya, idea yang ada + geran daripada kerajaan insyaAllah pasti Syed Naufal dan anak-anak cikgu yang lain akan mampu menjadi pembina aplikasi yang berstatus jutawan!. 

Ini yang cikgu nampak dan cikgu tulis hari ini, jika berlaku suatu hari nanti.. penulisan ini akan menjadi saksi bahawa kamu semua sebenarnya seorang yang hebat!. Dikesan sejak di bangku sekolah. 



Mungkin ini perjumpaan terakhir di Manjung kerana selepas ini Syed akan berhijarah ke Langkawi, perkara biasa bagi anak-anak tentera yang berhijrah dari kem ke kem lain atau memasuki fasa peralihan untuk persaraan yang akan membawa mereka pulang ke kampung halaman. Sebagai kenangan, cikgu belanja berbuka puasa! Cikgu dulu pun ada yang macam ni, namanya Cikgu Azman, selalu belanja anak murid makan di luar.. cikgu pun copy paste sikapnya, bukan senang untuk pahat kenangan dalam memori anak-anak murid. Sekadar di dalam kelas memang tidak mencukupi!

Pemikiran kamu lebih dewasa dari usia, bila tiba masanya nanti usia dan pemikiran seiring pasti kamu akan jadi insan yang luar biasa. 


Ini pula anak cikgu seorang lagi, Samuel..  dah kenapa ada dalam wad ni?? ini lah akibatnya kalau tak dengar nasihat cikgu.. Samuel ni seorang yang aktif, dia tak boleh duduk diam. Mesti nak sentiasa ada kerja nak buat. Bagi saja apa kerja, dia pasti buat. Kalau tak ada kerja dia akan datang jumpa kita.. ada kerja tak cikgu?? nak bagi kerja jadi cikgu kecil lagi.. hehe

Mengadu pening-pening kepada ibunya, bila dihantar ke hospital kena la 'check in' untuk lihat apa masalah. Alhamdulillah tiada yang sirius, mungkin panas peralihan monsun yang berlaku. 


Ini seorang lagi 'seseorang' dalam dunia teknologi maklumat yang akan lahir pada masa hadapan. Cukup sakan belajar bab ICT, semoga diberi kesihatan yang baik dan menjadi insan berguna kepada ibu bapa yang hebat!.

Setakat ini dulu kisah anak cikgu... bersambung.
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top