Pendebungaan kelapa pandan , coconut pollination - Cikgu Suffi (CS)

TERKINI

13 July 2018

Pendebungaan kelapa pandan , coconut pollination

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Setiap ciptaan Allah itu ada jantan dan betinanya. Daripada manusia hingga ke tumbuh-tumbuhan. 


Dalam kes untuk pokok kelapa pandan, terdapat dua kombinasi yang perlu dilakukan : 

1. Pembajaan berkualiti untuk pastikan jumlah putik yang keluar itu dalam kuantiti yang banyak. 
2. Pendebungaan secara manual untuk memastikan setiap putik yang keluar itu lekat menjadi buah hingga besar. 
(Mengambil debunga jantan dan sembur ke putik kelapa, pendebungaan manual). 
3. Penggunaan garam kasar untuk pokok dan kawalan serangga terutama kumbang pengorek batang/pucuk. 


Bunga betina/ putik kelapa saiznya lebih besar dari saiz bunga jantan. 


Jom kita berkenalan dengan bunga jantan, lazimnya bunga jantan lebih banyak daripada bunga betina. 

Dalam tanaman kelapa, istilah yang lebih mudah difahami ialah putik kelapa, sebesar guli. 


Mayang kelapa yang belum terbuka, di dalamnya terdapat bunga jantan dan bunga betina/putik. 

No comments:

Post a Comment

Youtube Channel

#Syok2 #skptldm1 #pertanian #taekwondo