Bagaimana kamu ingatkan cikgu, begitulah ingatan cikgu terhadap kamu...

Bagaimana kamu ingatkan cikgu, begitulah ingatan cikgu terhadap kamu...


Murid-murid SK Kumpulan Ganda tahun 2013

Semasa majlis perpisahan cikgu yang dianjurkan oleh pihak sekolah di Teluk senangin, Cikgu tersentuh hati dengan kamu yang masih ingat kepada cikgu apabila berada dalam kesakitan menahan sakit apabila gigi-gigi kamu dicabut! apa pesanan kamu kepada cikgu Shahrol??? "Cikgu shahrol, ambil lah gambar kamu tunjuk dekat cikgu suffi" ingat lagi tak??? terima kasih kerana mengingati cikgu walaupun telah 2 bulan cikgu meninggalkan kamu untuk berkhidmat di sekolah lain yang jauh lebih besar dan ramai muridnya sampai tak mampu cikgu nak hafal nama kesemuanya sehingga hari ini.Tetapi nama kamu semua dalam ingatan cikgu....

Tasya, Ikhman, Faizal, Jaja, Rizal, Shamila, Rosnaldio, Melinza Monica (anje anak angkat cikgu), Jeslina, Denish Irwan aka syadiq, Syahirah, Ain, Razuil, Rahafizan aka Ah Heng!, Ikhwan, Akmal Ahdan aka medan, Husna, Alya, Dayah, Haikal, Ayuni, Anum, Jamariah, Arif Shafi aka OP, Daniel Ikmal aka Awang

Cikgu tulis agar cikgu tidak pernah akan lupa nama-nama kamu, begitu juga dengan kamu setelah dewasa andai terbaca tulisan cikgu ini hubungi lah cikgu, cikgu ingin tahu perkembangan kamu dalam perjalanan hidup ini. Cikgu doakan kamu semua berjaya dalam perjalanan ini...

Kamu menangis tika cikgu melangkah meninggalkan kamu, begitu juga dengan cikgu yang turut merasa kehilangan yang kamu rasa... semoga perasaan itu dapat mengukuhkan janji-janji kamu dengan cikgu, belajar rajin-rajin, jadi insan berguna kepada agama, masyarakat dan negara!.

Walaupun rumah kita tiada elektrik, walaupun rumah kita tiada air, walaupun rumah kita tiada apa yang orang lain ada di luar sana, tapi Allah tetap bagi kita peluang dan akal fikiran sepertimana orang berada di negara maju miliki. Usaha... itu kekuatan untuk kita keluar dari apa yang kita ada sekarang. Cikgu yakin kamu boleh!.

2009 - 2014
Cikgu Suffi Bin Yusof
SK Kumpulan Ganda, 
Teluk Intan, 
Perak
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top