Sistem idMe jimatkan 50% masa perekodan dan server load jika ditambah fitur ini...

Sistem idMe jimatkan 50% masa perekodan dan server load jika ditambah fitur ini...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Sistem idMe jimatkan 50% masa perekodan dan server load jika ditambah fitur ini. 

Minggu ini semua guru sibuk dengan idMe, tidak kurang juga yang stress berdepan dengan pelbagai masalah semasa menggunakannya. 

Di sini saya ada cadangan kepada team admin/developer idMe yang mana dengan penambahan fitur ini dijangka dapat mengurangkan 'kerja berulang' yang terpaksa dilakukan oleh guru-guru. 




BUTANG SEMAK SECARA PUKAL

1. Saya dapati sistem ini tiada butang semakan secara pukal untuk setiap input, guru terpaksa melakukan kerja berulang sekiranya terdapat lebih 10 orang dalam sebuah kelas mendapat TP yang sama. Sekiranya guru tersebut ada 10 kelas bermakna terpaksa melakukan 100 kali kerja berulang, 

2. Butang semak pukal ini mampu mempercepatkan proses perekodan apabila guru-guru tidak lagi perlu menjalankan kerja berulang untuk beberapa murid yang memiliki tahap penguasaan, ulasan guru dan intervensi yang sama. 

3. Dengan adanya butang ini, guru dapat mengenalpasti berapa ramai pelajar yang memiliki tahap yang sama dengan menjadikan input tersebut sebagai tindakan pertama dalam perekodan secara pukal seterusnya hanya mengubahsuai untuk pencapaian minoriti untuk setiap kelas. 



InsyaAllah dengan adanya butang semak secara pukal untuk setiap input borang ini maka akan lebih memudahkan guru membuat perekodan data dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan masa guru-guru berada di dalam sistem seterusnya turut sama akan mengurangkan beban server untuk menampung setiap proses, pengunjung yang terlalu ramai dalam satu-satu masa (Server Load, Bandwith dll).

Semoga cadangan ini diterima dan sistem idMe sentiasa ditambah baik mengikut keperluan semasa dan keselesaan para guru yang akan menggunakannya. Terima Kasih. 


 
BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

1 Ulasan

To Top