Mungkin mereka sedang gembira, tapi kita pula yang merasa sedih

Mungkin mereka sedang gembira, tapi kita pula yang merasa sedih

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Semalam saya dihubungi oleh seorang guru hebat yang beberapa jam saja lagi akan menghadiri majlis untuk melangkah keluar dari perkhidmatan pendidikan iaitu bersara wajib. 

Beliau mengucapkan terima kasih di atas segala perkongsian ilmu yang diberikan bermula dari pelaksanaan Modul Penguasaan Google Classroom sehingga pelaksanaan Modul Penguasaan Youtube Studio melalui Akademi Youtuber. 



Turut dikongsikan slide pencapaian sepanjang beliau dalam perkhidmatan yang bagi saya 'bukan insan biasa' mampu untuk mencapai segala anugerah dan pencapaian luar biasa tersebut. 

Bila kenal dengan ramai rakan-rakan guru dari seluruh negara, tidak dapat lari daripada perasaan sedih apabila mendapat berita tentang kehilangan akibat meninggal dunia, kehilangan dari dunia dalam perkhidmatan dan macam-macam lagi, terasa pantasnya masa berlalu. Bagi saya, satu kehilangan kerana guru hebat seperti ini mampu menjadi inspirasi kepada lebih ramai guru-guru muda di luar sana.

Siapa tak kenal Tuan Haji Sadli Bin Abdullah, Guru Akademik Tingakatan 6, SMK Syed Ibrahim, Pendang, Kedah. 36 tahun mencurah bakti dalam dunia perkhidmatan sudah pasti melalui pelbagai liku-liku suka dan duka dalam mendidik anak bangsa. Graduan Universiti Sains Malaysia dalam bidang Geografi adalah titik persamaan antara saya dan Tuan Haji Sadli, cuma tahun kita menuntut ilmu jauh berbeza. 

Selamat bersara Tuan Haji Sadli, terima kasih memanfaatkan modul pembelajaran yang saya dan rakan-rakan terbitkan hingga ke hujung perkhidmatan masih kuat dan bertenaga mendalami ilmu berkaitan pendidikan digital. Satu usaha yang harus dibanggakan kerana Malaysia memiliki guru hebat seperti ini. Akhir kata, mohon maaf seandai ada salah dan silap daripada kami sepanjang sesi kita berkongsi ilmu. Sesungguhnya segala ilmu itu milik Allah s.w.t, kita hanya berkongsi untuk manfaat generasi seterusnya. Didoakan Tuan Haji Sadli diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat, amin. 


BACA JUGA :

🔴 Siaran langsung temu bual Selamat Pagi Malaysia, RTM bersama Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly

🔴 Siri Perkongsian Ilmu Blogger bersama Cikgu Suffi dan rakan-rakan

🔴 Youtuber Pendidikan mengorak langkah membuka tirai tahun 2023

🔴 Jom sertai kami! Panggilan untuk semua penyedia konten pendidikan di Malaysia.




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

2 Ulasan

  1. mengenali Hj Sadli secara online sahaja dan sangat kagum dengan pencapaian dan pelibatan beliau sebagai Guru Cemerlang Geografi ting 6- bahan-bahan yang dikongsi semasa perkongsian Guru Cemerlang secara online melalui Edidik masih saya simpan sebagai rujukan... dan penguat semangat.... selamat bersara ..tuan Hj...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh kita jadikan sumber inspirasi untuk menempuh dunia pendidikan yang kian mencabar!

      Padam
To Top