Terkini :
Loading...

PDPC Online - MS Word + FrogVLE + Google Form + Google Drive #ict

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Go Paperless!

Disini saya ingin berkongsi cara menjalankan PDPC secara online yang membolehkan murid menyiapkan tugasan dalam MS Word, kemudian menghantar file tersebut kepada guru melalui frogvle dan google form seterusnya kesemua file murid dikumpulkan di satu tempat.

Guru boleh melihat senarai murid yang telah menghantar tugasan secara live!

Berikut adalah contoh penggunaan kombinasi aplikasi ini dalam PDPC :

1. Guru memberi tugasan yang memerlukan murid menghasilkannya di dalam perisian MS word dengan kombinasi multimedia seperti teks dan image.

2. Murid yang telah menyiapkan tugasan diminta untuk membuka page guru di site Sekolah melalui aplikasi frog vle.




3. Guru meminta murid klik pada external link yang menghalakan murid ke google form yang membolehkan murid menghantar tugasan yang telah mereka siapkan. 


4. Setelah klik link di atas, murid boleh mengisi nama dan tahun, kemudian memuat naik file yang diperlukan. 




5. Pada masa yang sama guru boleh memantau murid yang telah menyiapkan tugasan di skrin hadapan kelas seperti berikut : 


6. Murid yang telah menyiapkan tugasan diminta membantu rakan untuk melancarkan proses penghantaran maklumat dan memantapkan dan menguatkan kemahiran yang telah mereka miliki.

Semua file yang dihantar akan dikumpulkan di google drive anda secara automatik. Muat turun dan boleh juga semak secara online. Go Paperless!



Kelihatan murid sangat teruja untuk melihat nama mereka tersenarai di skrin utama. 

Selamat mencuba! 








Share on Google Plus

About Suffi Yusof

Penulis adalah Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak. Menulis blog bagi tujuan perkongsian pintar dengan seluruh pengguna internet. Semoga bermanfaat.

0 comments :

Post a Comment

Artikel Popular