Terkini :
Loading...

Soalan Peperiksaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 4

Assalamualaikum w.b.t & salam mesra!

Alhamdulillah tugas demi tugas dapat cikgu selesaikan... Minggu lepas ada misi siapkan tugas untuk Tuan Rumah di Karnival Sains Peringkat Daerah bahagian pengurusan peserta. Disebabkan cikgu ada jemputan khas dari sekolah lama untuk ke majlis Hari Guru, Hari Keluarga dan Majlis Perpisahan maka tak dapat terlibat sama secara langsung sepanjang program di Karnival tersebut. Tapi semua tugas2 khas yang boleh didahulukan kerjanya telah disiapkan dengan jayanya. Berita menggembirakan, SK Sungai Samak menjadi juara dan berjaya melonjakkan diri untuk ke peringkat negeri... Alhamdulillah dan Tahniah!

v Untuk minggu depan, tugas seterusnya yang harus cikgu siapkan adalah soalan peperiksaan bagi kertas Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Puas cikgu cari di internet jika ada rakan-rakan guru yang telah menyiapkannya. Disebabkan tidak jumpa, maknanya malam ini cikgu terpaksa bersengkang mata menyiapkan soalan untuk dijawab dalam tempoh satu jam. Macam biasa, topik hangat mesti ada soalannya.. seperti peranti input, output, perisian, sistem pengendalian, sistem operasi, perisian aplikasi, perisian utiliti dan banyak lagi...

InsyaAllah... jika diberi kekuatan akan disiapkan dan dikongsi bersama rakan-rakan guru yang lain di seluruh Malaysia. Mungkin dengan perkongsian ini dapat memberi nilai tambah melalui cadangan para guru yang menggunakannya nanti.

Sabar yea.. nanti siap cikgu masukkan.

Alhamdullilah.. pagi ni cikgu cari2 ada terjumpa di kssr.org nampaknya mudah lah kerja cikgu.. just olah sikit ikut kesesuaian murid dan pemarkahan.

Hasilnya... ini dia soalan bocor.. (tapi cikgu tahu semua ini sudah ada di dalam minda kamu!)

MUAT TURUN DI SINI
https://drive.google.com/file/d/0BwNXIZ2gR2FlT3JMQS1VYmowU0E/view
Share on Google Plus

About Suffi Yusof

Penulis adalah Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak. Menulis blog bagi tujuan perkongsian pintar dengan seluruh pengguna internet. Semoga bermanfaat.

2 comments :

Artikel Popular