Jom berkenalan dengan GCMalaysia™ Youtubers!

Jom berkenalan dengan GCMalaysia™ Youtubers!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Jom kita berkenalan dengan YouTubers yang menyumbang video tutorial untuk kegunaan guru-guru seluruh Malaysia bagi Modul e-Pembelajaran : Penguasaan Google Classroom Level 1 Hingga 8.

Mereka terdiri daripada guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia secara sukarela menerbitkan video melalui pelantar Youtube. Video-video yang diterbitkan berfokus kepada asas penggunaan, pengenalan aplikasi tambahan dan penyelesaian masalah.










Playlist ini menjadi playlist tutorial google classroom dalam bahasa Melayu yang paling lengkap di Malaysia. Usaha ini diterajui oleh barisan guru-guru yang meluangkan masa untuk menyediakan kandungan bermutu untuk tontonan rakan guru seluruh negara. Semoga usaha ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh warga pendidik di Malaysia. 

Jutaan terima kasih kepada eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia yang memberikan ruang dan peluang untuk turut serta menyumbang ke dalam dunia pendidikan di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlangsung. 


SEKIRANYA ANDA MENDAPATI USAHA INI BERMANFAAT, KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA MENYATAKAN SOKONGAN DENGAN KLIK DAN SUBSCRIBE SEMUA CHANNEL BERIKUT : 

SUBSCRIBE
GCMalaysia™ Youtubers!



Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top