Teknik jadikan dusun durian sentiasa memiliki buah

Teknik jadikan dusun durian sentiasa memiliki buah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Safirol Ahmad : Jika sy mempunyai 1-3 ekar kebun jenis durian yg akan saya tanam adalah dari 3 peringkat kategori tempoh buah utk luruh..ini sekadar pendapat,pemerhatian dan sedikit pengalaman saya dalam meraih dan menjual buah sendiri.
Ini mungkin boleh menjadi rujukkan utk pekebun yg menanam utk jualan sendiri dan yg sekadar utk dimakan sendiri..bukan untuk yg target komersil.
3 kategori buah luruh maksud saya adalah buah(jenis)yg luruh cepat/awal musim,pertengahan musim dan hujung musim.
Saya akan menamam jenis yg luruh awal musim 20%pertengahan musim 60% dan hujung musim 20%.

Jenis2 durian yg boleh dikategorikan luruh awal musim (antesis bunga luruh bawah 100 hari)seperti d99,d10,green skin,penang 604,sri kaya,selayang manis,biasanya akan luruh 2-3 minggu awal dari jenis lain.. Yang mana kita dapat pasarkan lebih awal yg kebiasaanya harga durian akan lebih tinggi..

Jenis durian yg luruh dipertengahan musim seperti musang king,d24,family mdur,udang merah,xiao hung dan mungkin juga ioi.ini antara jenis yg ada harga..dan kebiasaan dimasa buah jenis pertengahan mulai luruh..akan berlaku peningkatan stok durian..termasuk durian kg.disini akan mula berlaku persaingan harga.dgn jenis2 yg saya senaraikan tadi..dgn kualiti buat dan harga pasaran..kita masih boleh mendapat harga dan nilai yg baik.
Jenis buah yg luruh dihujung musim pula seperti tangkai panjang@kanyau,monthong,ochee(dikatakan lambat) luruh selepas antesis(bunga gugur)130-140 hari.kita akan dapat menjual buah selepas 3-4 minggu selepas jenis2 lain habis gugur..masa ini mungkin harga durian mulai stabil berbanding lambakan pada pertengahan musim..jika jenis hujung musim kita tanam 10-20 adalah berbaloi utk kita kembali ke kebun selepas berehat 3-4 minggu selepas buah jenis awal dan pertengahan habis gugur.seperti kebun rakan saya hanya 2-3 pokok..buahnya tidak dikutip kerana dirasakan tidak berbaloi utk kembali ke kebun  utk mengutip buah utk dijual..terpaksa pula bersaing dgn babi dan pencuri utk mendapatkan buah

#penulisan ini berdasarkan sedikit pengalaman saya dilapangan durian melalui pemerhatian dikebun dan ilmu lisan dari rakan2 penanam durian(otai) di balik pulau dan k kangsar.juga sedikit info dari pembacaan saya.mungkin ada sedikit kesilapan dan pencanggahan fakta tanpa saya sedari..tentang durian ochee lambat luruh hanya info lisan dari rakan saya yg mendapat maklumat dari rakan yg ada menanam ochee..yg mengatakan ianya lambat luruh...ianya sekadar perkongsian dari pengalaman saya yg singkat ini.
#TQ.

Ilmu dikongsikan oleh saudara Safirol Ahmad pemilik Famies Group pembekal anak benih pokok durian.
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top