Terkini :
Loading...

Apa yang menimpa muridku ini amat berat, bertabahlah duhai anak.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Sabarlah duhai anak.. kamu kena kuat. Perjalanan masih jauh.

Bila cikgu terdengar berita tentang pemergian ayah dan adik kamu ibarat terpampang kembali apa yang cikgu rasa di usia 18 tahun dikala kehilangan insan tersayang dalam hidup ini. Tapi usia kamu lebih muda, dugaan besar ini lebih awal dihadapi oleh kamu.

Semalam cikgu tengok kamu bertongkat, kaki berbalut, datang sekolah bertongkat. Ditimpa pula masalah kesihatan yang membuatkan kamu menjadi lebih sedih. Cikgu nampak di waktu balik kamu menangis sambil berjalan bertongkat. Cikgu arahkan kawan2 teman sehingga sampai ke rumah.

Kamu harus kuat, kesedihan kamu itu kesedihan yang akan dilalui oleh setiap insan tapi peringkat umur kita lalui menjadikan kita berbeza dengan orang lain. Semoga kamu tabah, kuatkan semangat dan belajar berdikari mulai sekarang insyaAllah kamu akan jadi orang yang hebat yang kuat dan yang berdikari sejak kecil.

Cikgu yakin kamu akan jadi 'seseorang' suatu hari nanti. Tetapi jangan pernah putus asa, tumpu dalam pelajaran. Dugaan ini bukan biasa-biasa, ianya luar biasa dan yakinlah perancangan Allah itu lebih hebat, ada sesuatu yang menanti di hadapan cuma kita perlu kuat! hadapi segalanya.. jangan berputus asa.

Disebabkan kamu perempuan, cikgu tak boleh nak rapat sangat. Nanti timbul fitnah, tapi untuk berikan kamu semangat cikgu boleh bantu sekadar termampu.

Sabar, Kuat.. hadapi segalanya. Di sekeliling kamu sentiasa ada yang akan membantu. InsyaAllah.

- Cikgu Suffi
Share on Google Plus

About Suffi Yusof

Penulis adalah Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak. Menulis blog bagi tujuan perkongsian pintar dengan seluruh pengguna internet. Semoga bermanfaat.

0 comments :

Post a Comment

Artikel Popular