Terkini :
Loading...

Kerana kau menipu, aku mampu repair mesin basuh sendiri!

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!

Post kali ini cikgu nak kongsi penyakit 'orang kita' yang menyediakan perkhidmatan membaiki mesin basuh/peti ais yang rosak.

Awas! mereka mengaut untung ibarat ingin pergi haji balik hari!.




Diantara teknik menipu yang digunakan?

1. Menukar alatan yang bukan baru, tetapi hasil rembatan dari mesin2 basuh lain yang tersadai di pusat servis mereka. Tapi claim dengan kita sebagai alat baru! nampak?

2. Memasang alat ganti dengan membawa balik ke tempat mereka dan hantar semula dalam keadaan tertutup. Atau buat kerja waktu malam di lokasi. 

Bila dikata baru, kita pun percaya. Tapi kalau baru masakan guna 3 hari dah rosak balik???

Disebabkan kau menipu, aku membuka sendiri dan melihat... ternyata.. kau MENIPU.

Sebelum itu mari kita kenal beberapa peranti yang terdapat dalam mesin basuh :

1. Kapasitor pengering
2. Kapasitor pembasuh
3. Motor Basuhan
4. Motor Pengering
5. Wayar &Timer


Indikator perlu dilihat, adalah kapasitor. Jika kapasitor ok, motor tak jalan, sudah tentu masalah motor, bukan kapasitor. Begitulah sebaliknya, jika motor perlahan, kapasitor lah yang bermasalah.

Mula2 kau tukar motor, katanya motor baru. Kena RM120 + RM50 upah. Total RM170.
Kemudian rosak.. datang semula, tukar motor lain, dan waktu tu kau kata kapasitor pula problem. Tukar lagi RM85 kena caj. Kena lagi...

Selepas beberapa hari, kerosakkan kembali. Aku nekad untuk buka dan selidik sendiri. Apa yang aku dapati :

1. Kapasitor yang kau guna tu tertulis tarikh 2011, Taukey kedai spare part pon kata sudah susah mau cari bentuk kapasitor serupa itu. Dan harga kapasitor di kedainya hanya RM12, kau caj? RM85 ouh sungguh mencekik darah.

2. Motor yang kau guna bukanlah motor baru, boleh lihat bahagian dalaman sudah berkarat dan wayar penebat pula berwarna kekuningan terbakar.

3. Wiring yang dibuat SALAH!, suiz on timer of tapi motor boleh jalan?? kalau tak dibuat semula sudah pasti yang baru pun boleh jahanam. Kau caj RM120 + RM50 total RM170. Harga motor baru di kedai spare part hanya RM90 sahaja. RM170 kau ketuk...

setelah meneliti ketiga-tiga aspek ini, ternyatalah kau PENIPU. Macamanalah mencari rezeki nak sara anak bini dengan duit tak berkat macam ni. Dah la menipu, mesin pun tak boleh jalan nak kena repair sendiri.

Akhirnya, semuanya aku bongkar kembali dan buat semula satu persatu. Lepas ni, kalau rosak lagi aku boleh repair sendiri. Tak perlu lagi bergantung kepada penipu yang sentiasa menangguk di air yang keruh. Berubahlah.. ingat sama, duit hasil menipu tak berkat.

Setelah dihubungi dan maklumkan tentang penipuan, beliau bersetuju untuk mengembalikan wang separuh daripada yang dibayar. Separuh lagi?? jawab di akhirat.

So, lepas ni kita repair sendiri. Kedai spare part macam-macam ada jual barang yang kita perlukan. Jangan terlalu percayakan orang, sentiasa mencari kesempatan mengaut keuntungan tak munasabah dengan barangan yang bukan baru.



Share on Google Plus

About Suffi Yusof

Penulis adalah Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak. Menulis blog bagi tujuan perkongsian pintar dengan seluruh pengguna internet. Semoga bermanfaat.

0 comments :

Post a Comment

Artikel Popular