Terkini :
Loading...

Cara menanam jagung berbuah besar berisi penuh hanya dalam polibag

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!
Di sini saya akan kongsikan dengan semua pembaca bagaimana untuk menanam jagung serta menuai hasil maksima dengan beberapa teknik yang kadangkala kita terlepas pandang.

Teknik Siraman : Fertigasi + Timer / 5 kali sehali (5 Minit setiap kali siraman)
Teknik Pembajaan : Manual, Tabur & Air ke dalam tangki
Kawalan Serangga : Malathion, Spray jika ada potensi sahaja. Tidak spray semua.
Kawalan Rumpai : Sangat mudah, cabut pabila nampak.

Penjagaan Minima?
Setiap hari saya luangkan masa lapang 30 minit di waktu pagi, dan 30 minit di waktu balik sekolah untuk melihat/memantau keadaan semasa tanaman. Hari cuti kadang2 saja datang melawat, ini yang dinamakan penjagaan minima.


Kali ini saya kongsikan SOP secara lebih terperinci sehingga membuahkan hasil. R&D yang dijalankan ini memakan masa selama 65-70 hari. Pastikan jagung anda berbuah besar dan berisi penuh selepas ini!


Ini biji benih yang digunakan, The Hulk F1351 RM79 satu bag, tapi boleh beli timbang, RM10 untuk satu pusingan tanaman 120 Polibag yang saya gunakan.


Tapak penanaman


Benih RM20, banyak tu jer.


Ini pula baja buah yang digunakan, cap zeenex. Khabarnya baja jenis ini cepat serap oleh pokok. Bukan slow release macam baja sawit. Jagung kena guna baja cepat serap kerana tumbesarannya sangat pantas.




Ini baja organik berproses.


Selesai tanam


5 Hari kemudian... sudah tumbuh.


Setiap polibag sudah masuk 2 biji, gambar yang banyak tumbuh ni adalah simpanan sekiranya 2 yang disemai langsung tak naik atau cacat kita akan gunakan yang ini sebagai backup. 




6 Hari kemudian.... bila ada dua, kita pindahkan tinggal satu sahaja yang paling cantik dan sihat.




7 Hari kemudian.. berikan susu awal, iaitu baja sesudu kepada baby jagung. makan tak banyak lagi, sebab masih kecil.







8 Hari kemudian... berdesup naik!














19 Hari kemudian... 









20 hari kemudian... pemandangan indah boleh dinikmati. 




Di usia 21 hari, tunas air telah tumbuh. Sila buang, untuk pastikan induk terus membesar dan tidak terbantut. 






Seminggu sekali atau bila2 datang rasa/firasat pokok perlukan makanan air, campur urea gaul dan tuang dalam tangki. Mula dengan 3 genggam, 5 dan 10 - 15 mengikut saiz pokok. 








23 Hari... tabur baja butiran organik satu genggam. 












27 Hari kemudian... Pemandangan semakin cantik, aura positif untuk siapa saja yang melihatnya!.









23 hari kemudian.. ukur lilit pangkal pokok memberangsangkan. Sangat subur. 











36 Hari kemudian... tunas air keluar semakin banyak, buang jangan simpan. 












Murid juga terlibat dalam proses penjagaan, aktiviti mengisi masa lapang.


39 Hari kemudian, sedikit baja buah telah diberikan untuk pembentukkan bunga yang baik dan putik yang hebat.












33 Hari kemudian, putik jagung telah membentuk dan keluar dari kelopak.


Penggunaan racun Malathion pada kadar minima, hanya pokok yang ada agen/potensi diserang serangga sahaja dispray. Tanda-tanda ialah apabila ada semut naik turun dari pokok, di situ ada kemungkinan ada serangga menyerang. 






Pada usia 44 Hari... 




Di usia 44 Hari bunga jantan telah keluar.







47 hari kemudian, bunga betina telah keluar. Gambar di atas menunjukkan pendebungaan secara manual dilakukan untuk mendapatkan hasil jagung yang besar dan berkualiti. Secara semulajadi lebah dan kelulut memainkan peranan mereka. Ditambah dengan operasi secara manual oleh manusia, kita mampu tingkatkan mutu dan hasil sehingga 99% kemenjadian jagung terbaik. 



49 Hari kemudian.. sonak jagung telah keluar, di saat ini buang jika muncul lebih dari satu pada setiap kelopak. Tinggal hanya satu  dan hanya dua tongkol untuk setiap pokok. Jika lebih, kualiti merosot. 



Lebah dan kelulut menjalankan tugas pendebungaan, semulajadi ciptaan Allah. 





Bunga telah kembang elok, pastikan pendebungaan manual dilakukan pada jam 8:00 hingga 10:00 pagi sahaja. 







Hasil sonak jagung yang boleh dibuat sayur. 



54 Hari kemudian... selesai pendebungaan di saat ini isi mula masuk dan memenuhi ruangan tongkol jagung. Kelihatan kulit membesar dan rambu semakin mengering. 























60 Hari kemudian.. di saat ini tingkatkan kawalan serangga. Di saat ini serangga mula menyerang kerana jagung telah masuk isi. 







Cabaran tanam dalam polibag, bila masuk isi, pokok berat di atas dan mudah terbalik apabila ada angin kuat. Tapi tak apa, kita boleh angkat semula tegakkan dan meneruskan kehidupan. 


Langkah ini sangat berkesan, tambat setiap batang dengan tali dan hasilnya sangat kukuh tidak tumbang lagi selepas itu. 
















71 Hari kemudian... disebabkan cuti sekolah, tiada siapa di sekolah maka hasil jagung ini dituai lewat sedikit. Selepas buka sekolah baru dituai.













Saiznya sangat luar biasa. 











74 Hari kemudian, jagung dituai sepenuhnya. Dengan 120 Polibag boleh menghasilkan 158 Tongkol jagung berkualiti. 





Kos keseluruhan adalah RM200. Berdasarkan cubaan, untuk kos RM200 ini boleh menampung tanaman selama 3 Musim. Jadi, keseluruhan kos adalah RM200 untuk 158 tongkol x 3 Musim = 474 Tongkol. Keseruhannya kos pengeluaran setongkol jagung hanya bernilai RM0.42 Sen. Mungkin dapat diturunkan lagi dengan penggunaan baja tinja ayam yang jauh lebih murah. 





















Akhirnya hasil tuaian diagihkan kepada murid, staf, guru dan pekerja. Syukur rezeki nikmat kurniaan Allah s.w.t. 

Penerokaan belum berakhir, seterusnya... mampukah satu polibag menampung dua pokok sekaligus yang akan membolehkan jumlah polibag yang sama dan menghasilkan tongkol jagung berganda?

Eksperimen seterusnya sedang dijalankan... nantikan berita terkini berkaitannya.

Terima Kasih. 






Batangnya pula kita berikan kepada penternak kambing, mereka boleh memanfaatkannya dengan membuat jeruk untuk makanan kambing. Balasannya, pertukaran dengan baja tinja kambing untuk kegunaan pokok sekitar kawasan sekolah. 



Share on Google Plus

About Suffi Yusof

Penulis adalah Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak. Menulis blog bagi tujuan perkongsian pintar dengan seluruh pengguna internet. Semoga bermanfaat.

0 comments :

Post a Comment

Artikel Popular