Terkini :
Loading...

Kawalan serangga tanaman jambu batu seedless.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!


Gambar di atas menunjukkan buah jambu yang telah diserang lalat buah. Rupanya lalat buah ada dua jenis serangan, 



Serangan yang pertama ialah sebelum bunga gugur, waktu ini awal2 lagi dia dah datang menyuntik larva ke dalam kelopak bunga. Larva itu akan kekal dalam buah sehingga buah hampir matang. Langsung tidak memberi kesan tumbesaran buah, buah boleh besar, kulit cantik di luar. Bila hampir masak baru larva tadi menetas menjadi ulat yg sgt kecil mengorek dari dalam. 




Serangan yang kedua ialah setelah buah besar, dia datang drill lubang di buah lalu meninggalkan larva yang cepat pula menetas untuk terus menebuk buah untuk masuk ke dalam. Kedua2 serangan ini boleh ditangani dengan menggunakan beberapa jenis racun yang disyorkan oleh jabatan pertanian seperti berikut : 


Kaedah menggunakan hormon serangga sebagai perangkap menggunakan botol telah saya gunakan, beribu ekor terperangkap di dalam botol.  Masalahnya setiap minggu penuh botol, sungguh besar populasinya. Mungkin perlu guna kawalan biologi jika masih tidak berkesan. 

Kepada pembaca yang mempunyai ilmu berkaitan post ini boleh kongsikan bersama di ruangan komen. Semoga bermanfaat untuk semua. 

Share on Google Plus

About Suffi Yusof

Penulis adalah Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak. Menulis blog bagi tujuan perkongsian pintar dengan seluruh pengguna internet. Semoga bermanfaat.

0 comments :

Post a Comment

Artikel Popular