Terkini :
Loading...

10 Cara menghalau babi daripada merosakkan tanaman #pertanian

Assalamualaikum w.b.t dan Salam mesra!



Makhluk perosak seperti Babi sangat menyakitkan hati, berikut adalah beberapa langlah yang boleh dicuba untuk menghalau makhluk perosak ini : 

Sebelum kita halau dia, jom kita kenali dulu binatang yang kita nak halau ini.. 

Deria babi mengikut kecekapan : 

1. Hidung /bau
Dia.sangat cekap menghidu, kawasan tanah lembab, tahi cacing, bau manusia, bau senapang. 

2. Telinga/mendengar
Jatuh no.2, dengar bunyi anjing pemburu dan sorakkan pemburu. 

3. Mata/ melihat
Pada waktu malam, matanya cukup peka melihat sesuatu ancaman, tidak akan mennyondol sesuatu yang tidak pasti. 



Terdapat pelbagai kaedah untuk memghalau dan mengatasi masalah serangan haiwan perosak ini. 

Berikut adalah cara-cara yang ada. 

1. Patung harimau
ada sesetengah tempat babi di sana cukup takut dengan patung harimau, ada tempat seminggu saja takut, lepas tu siap boleh berpeluk cium! haha...boleh cuba kalau2 tempat anda berkesan.

2. Air kencing harimau
Sama juga dengan patung, mengikut kawasan. Ada air kencing tiruan, campuran belacan bakar dan ubat gegat dengan air. Saya dah cuba, tak ada kesan. Makin banyak lagi ada dia mai. 

3. Rambut manusia
Yang ini agak berkesan, rambut kena potong halus2 salam suku inci supaya mudah masuk dalam kerongkong dia bila dia menyondoi.. sekali masuk tersedak dia takkan pi dah tempat tu. Tempat lain.. macam biasa la.. turrrrr membajakkk.

4. Telur dan jarum
Kaedah ini ibarat menyantau, rebus telur, cucuk jarum lima enam batang di dalamnya.. bila dia makan usus semua akan terburai.. mati meragan. Sejauh mana keberkesanannya tidak dapat dipastikan kerana dia tak mati serta merta. 

5. Orang2
Kaedah ini logiknya ada, bila nampak macam kelibat orang jarang dia nak datang. Tapi harus diingat deria mata dia no 3, yang pertama adalah bau.. bau manusia dengan bau kain dia boleh kesan dari jarak jauh. 

6. Radio
Keberkesanan kaedah ini dapat dibuktikan oleh jiran yang perasan jika senyap sunyi haiwan ini akan datang dekat, bila ada radio dan sebagainya yang bising-bising sikit dia tak hampir. Munkin dia ingat suara orang? jadi on lah era fm ka.. sinar fm ka 24 jam!

7. Lennex
Nama racun pun dah lain macam, melalui pembacaan di internet bukan senang nak dapat racun ni. Juga digelar racun 7 keturunan.. maksudnya yang memakan bangkai haiwan keracunan itu juga akan mati selamat 7 peringkat!. Dasyat ni..tapi bahaya, kalau debu dia kita terhidup semasa memproses, confirm tumbang dahulu!

8. Jerangkap samar
Kaedah ini nampak macam best dan tidak mendera binatang, panggil backhoe, korek lubang 5x5x5 kemudian tutup dengan pelepah kelapa sawit dan di atasnya kita jamu dengan makanan yang enak2! InsyaAllah dia terjun dalam tu tak naik dah kita panggil geng cina mai ambil buat kenduri. 

9. Pagar elektrik
Kaedah yang agak berkesan.. melambung2 babi yang menghampiri wayar pagar, cuma kos boleh mencecah rm1K termasuk wayar. Jika ada modal, gunakan saja yang ini!.

10. Tembak!
Kaedah ini lazimnya digunakan pekebun, ada kenalan Cina panggil datang kebun tembak. Maka habislah keturunannya di situ. 











Gambar-gambar di atas menunjukkan betapa rakusnya haiwan ini membajak mencari cacing, ubi kayu dan seangkatan dengannya.

Kaedah-kaedah di atas adalah hasil sumber bacaan di internet, perkongsian pendapat di group2 pertanian di facebook dan pengalaman sendiri. Semoga bermanfaat untuk semua.
Share on Google Plus

About Suffi Yusof

Penulis adalah Guru Penyelaras Bestari yang berkhidmat di SK Pangkalan TLDM 1, Lumut Perak. Menulis blog bagi tujuan perkongsian pintar dengan seluruh pengguna internet. Semoga bermanfaat.

0 comments :

Post a Comment

Artikel Popular