Teknik mudah berkebun tanpa menyiram? #pertanian #tutorial

Teknik mudah berkebun tanpa menyiram? #pertanian #tutorial




Tangan panas?
Tanam apa semua mati?

Mai sini cikgu sejukkan tangan kamu yang panas tu.. insyaAllah tanam apa lepas ni x mati dah.

Dikesempatan yang ada ini nak kongsi cara berkebun tanpa perlu menyiram setiap hari?

Ya.. tanam, tinggal.. dan tuai!
Tapi harus diingat... Tak cukup kasih sayang pokok pun berbuah ala kadar jer la.

Baik.. sebenarnya apa yang cikgu naknkongsikan hari ni tentang sistem fertigas yang diubahsuai mengikut keperluan. Kali ini cikgu setup di kampung, sekali sekala balik macamana nak siram pokok nun jauh atas bukit kalau x ada sistem macam ini. Kan??? Jadi lepas ni cikgu tanam... Tinggal dan balik jenguk sekali sekala. InsyaAllah hidup..

Jom tengok apa benda yang cikgu beli kali ni..

Tangki air! Ya.. x ada yang ini susah nak buat kerja. Tak perlu beli yang besar2 macam ladang fertigasi tu.. beli tangki bulat atau petak yang paling kecil.. yg ini harganya RM112.

Pam akuarium???
Ya betul... Pam akuarium, sifirnya cukup mudah.. untuk menyiram antara 1-50 pokok.. memadai beli pam yang nilainya rm50/60 sahaja. Jadi yang ini RM53.. dapat diskaun 7 kupang.. kedekut betui tokey ni haha.

Ini dia timer, plug, dan tape hitam yang akan menggantikan diri kita untuk mengarahkan air dalam tangki ke pokok melalui pam. Jimat masa dan tenaga nak siram hari2. Kalau sepuluh kali sehari pon dia boleh siram, kalau kita? Naik turun bukit 10 kali sehari... Tak pitam dibuatnya??? Teknologi...

yang ini pula dripper, elbow dan tee untuk perpaipan fertilizer irrigation. Untuk pam akuarium jangan lupa.. maksima 50 dripper sahaja, lebih tekanan air perlahan kecuali upgrade pam yg mahal sikit.

Ini dia polypipe 16mm yg selalu org guna buat fertigasi, rak lembut tak kerasa sangat.. yang sedang2 saja...

Ini pulak fitting untuk paip air di rumah.. poly 25mm socket.. ini punca sumber air masuk ke dalam tangki sebelum dipam keluar oleh pam akuarium ke pokok2..

Tada... Siap, syok no tengok... Try setup tengok berpeluh ketiak!

Alhamdulillah settle bahagian sumber.. next bahagian pam dan saliran ke pokok..

Pasang pam akuarium dalam tangki, set output ke paip 16mm dan pergi ke pokok disambut pula dengan microtube 1mm dan dripper lurus.

Dengan siraman berkala 15 minit satu sesi... InsyaAllah pokok ini akan terus hidup selagi tak ada masalah teknikal.

Selamat mencuba!

Ilmu ini milik Allah, saya hanya menyampaikan.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

1 Ulasan

To Top