Teluk Intan Bergegar! : Mah Siew Keong VS Dyana Sofya

Teluk Intan Bergegar! : Mah Siew Keong VS Dyana Sofya

Assalamualaikum w.b.t & salam mesra!

Saban hari ada saja aktiviti sekitar kawasan cikgu berkhidmat, ada saja VVIP yang turun padang. Minggu lepas sekolah dikunjungi oleh Tn. Hj Idris iaitu pengarah pendidikan perak.. selama 6 jam menunggu di sekolah untuk menyambung ketibaan YAB Menteri Pendidikan iaitu TPM kita.



Apa yang bergegar? 
Gegarannya adalam bunyian deruman helikopter ibarat sudah menjadi 'base tentera' apabila ada saja helikopter yang meninjau-ninjau kawasan. Biasalah kalau benda jarang nampak tiba2 sering kelihatan di udara ibarat pesta lah bagi murid2 sekolah. Cikgu dulu pun kecik-kecik macam tu... teruja!

Program demi program... sampai rasa 'sesak nafas' kalau nak ke pekan Teluk Intan waktu ini.. di sana sini setiap sudut ada saja yang berkempen.. tak cukup dengan jalan kaki, ada juga yang menggunakan pacuan empat roda, motorsikal dan lori kontena!

Seperti biasa, kalau dulunya kelabu kini warnya 'hitam merelit' apa lagi kalau bukan 'JALAN RAYA' yang diturap dengan segera. Ada bagusnya juga jika selalu ada PRK sebegini.. jalan raya sentiasa baru!

Pagi ini murid2 cikgu dipesan oleh tuan Guru Besar supaya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik, biasa lah budak2, orang tua pasang bendera, orang muda cabut letak di basikal! tak kisah bendera apa, tak kisah ideologi apa, tak kisah kesemuanya... biru hijau merah semua boleh bercampur sebab budak2 yang masih belum tahu apa2. Itu yang seronoknya jadi budak2.. kita sama, kita kawan, kita hidup bahagia.. hehe





Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top