Mencipta logo rumah sukan

Mencipta logo rumah sukan

Assalamualaikum w.b.t & salam mesra,

Tugasan seterusnya yang teman terima adalah untuk mencipta logo 3 buah rumah sukan iaitu Eagle, Shark dan Tiger. Teman nih bukannya pandai melukis sepertimana arwah abah teman yang ada lulusan seni halus. Tak turun pun darah seni tu dalam diri teman, mungkin seni bahagian lain tak pasti lah pulak. Kalau sekadar untuk susun-susun bahan tu memang tidak menjadi masalah lah bagi teman. Jadi, teman telah siapkan 3 logo hasil dari bantuan encik google dengan imej2 dari sumber percuma.. untuk tahun 2014, inilah logo rumah sukan bagi sekolah baru teman.



Logo ini teman hasilkan atas permintaan Cikgu Fitri, kabor nye nak buat sticker untuk anak-anak murid. Sekadar termampu teman menolong, lagi pun memang teman ada sedikit kemahiran dan minat dalam dunia grafik nih. Jadi, sepertimana yang teman janji dengan penemuduga teman dulu... segala kemahiran dan keupayaan yang saya ada mungkin berguna kepada dunia pendidikan negara.

Seandainya ada yang berminat nak copy logo ini dan ubah segala teks yang terkandung boleh hubungi teman, tak ada masalah untuk kongsi2 .psd file dengan kalian.

Terima Kasih.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top