Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan)

Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan)

Assalamualaikum w.b.t & salam mesra!

Setelah berpindah ke sekolah baharu atas arahan pihak atasan dengan alasan 'keperluan perkhidmatan' maka dengan rasminya telah meneruskan perkhidmatan di sekolah yang ke-4 dalam hidup ini.

Langkah saja masuk ke sekolah ini... 'Wah... cantiknya'.. itu perkataan pertama yang bermain di lubuk hati. Apa tidaknya, sekolah ini adalah sebuah sekolah yang menjadi penanda aras dalam program 3K peringkat daerah. Bukan calang-calang pencapaiannya.

Sudah masuk dalam keluarga BESAR, sebelum ini berada dalam keluaga KECIL. Beza jumlah guru dan jumlah murid agak terasa. Jika dulu sunyi sepi dengan anak-anak murid yang hanya berjumlah 25-30 orang sebuah sekolah, kini hiruk pikuk dengan suara anak-anak murid yang mencecah 250 orang.

Tugasan pertama untuk teman di sekolah baru, diberi kepercayaan untuk menghasilkan sebuah dokumentari khas berkaitan bahagian-bahagian sekolah yang menyertai program 3K dengan harapan mendapat tempat sehingga ke peringkat kebangsaan.

Dengan kekuatan tenaga produksi Alhamdulillah satu video klip dokumentari khas melibatkan Kantin, Tandas dan Bilik Boss telah siap disediakan dan dipertontonkan kepada pihak pentadbir sekolah. Alhamdulillah juga mendapat respon positif dan 'TIADA' sebarang penambahan atau pemotongan mana-mana scene dalam video tersebut. Satu kepuasan yang terbesar bagi pihak produksi apabila mendapat respon positif sedemikian rupa.

Buat masa ini video ini tidak dapat ditayangkan sehingga sampai tempoh yang sesuai kerana masih berada dalam status 'sulit' kerana sekolah ini masih dalam proses untuk mengintai peringkat kebangsaan dalam pertandingan ini. Setelah semuanya selesai akan dimasukkan untuk tontonan umum.

Sebagai pengubat kepada pencarian, saya hanya dapat sertakan beberapa keping capture daripada video yang telah disiapkan untuk tontonan umum.











Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top