Menyandang jawatan sebagai GURU DATA SEKOLAH

Menyandang jawatan sebagai GURU DATA SEKOLAH

Assalamualaikum w.b.t & salam mesra!

Belum lagi reda kejutan dengan jumlah murid dan guru yang ramai, ibarat disergah sekali lagi hingga terkejut apabila diberikan jawatan sebagai GURU DATA SEKOLAH. Khabarnya diatas kemampuan dan kemahiran dalam dunia ICT yang dimiliki maka pihak sekolah berkeyakinan tinggi bahawa teman mampu untuk memikul tugas tersebut. Sebenarnya teman nih bukanlah pandai sangat pun, hanya tahu gitu-gitu jer... sebelum nih hanya tengok orang rumah saja mengisi dan membelek data2 sekolah melalui portal EMIS. Kali ini teman pulak lah berjangkit jawabnya.. apabila orang berkehendak tidak baik kita menolak, apa kata kita cuba dulu.. jadi teman dengan rendah diri menerima tanggungjawab yang diamanahkan kepada teman.

Di sekolah lama teman hanya jadi SU Peperiksaan Dalaman, bahagian teman adalah mengendalikan SAPS sahaja.. kali ini.. EMIS, APDM, SMM semua di bawah kendalian teman.. masaklah nampaknya. Demi harapan pentadbir... ku redahi juga.. cewah! semoga terus suksess.....
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Catat Ulasan

To Top